Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kampung Gelam mula sinari 'Cahaya Ramadan'

Apr 10, 2021 | 10:09 PM
SINAR RAMADAN: Antara tarikan kempen Ramadan di Kampong Gelam ialah pameran lampu, diberi nama Cahaya Gelam, yang dipaparkan ke muka bangunan Masjid Sultan.
SINAR RAMADAN: Antara tarikan kempen Ramadan di Kampong Gelam ialah pameran lampu, diberi nama Cahaya Gelam, yang dipaparkan ke muka bangunan Masjid Sultan. - - Foto ARIFFIN JAMAR

KAMPUNG Gelam mula bersinar dengan 'Cahaya Ramadan' sedang kempen Ramadan itu dilancarkan di kawasan tersebut pada malam Sabtu (10 April).

Kempen 'Cahaya Ramadan' anjuran persatuan One Kampong Gelam (OKG) itu akan berlangsung dari 10 April hingga 17 Mei nanti.

Ini merupakan kempen Ramadan pertama di kawasan itu dalam masa lebih sedekad, kata OKG dalam kenyataannya.

Kempen tersebut, yang disokong Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), bertujuan meningkatkan bilangan pengunjung ke kawasan bersejarah itu.

Antara tarikan kempen itu ialah pameran lampu, diberi nama Cahaya Gelam, yang dipaparkan ke muka bangunan Masjid Sultan.

Acara pelancaran kempen itu pada Sabtu dihadiri Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee; Setiausaha Parlimen Kesihatan Rahayu Mahzam, dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg