Premium
Kampus baru OBS mampu kendali 45,000 pelajar
Fu: Generasi akan datang perlu daya ketahanan dan lasak agar mampu bangkit dari kesukaran bersama
Mar 31, 2016 | 5:30 AM
TARIKAN PULAU CONEY: Membangun belia lasak, berdaya tahan dan boleh bekerja sepasukan adalah antara visi bagi kampus baru OBS di Pulau Coney. - Foto OUTWARD BOUND SINGAPORE -
KAMPUS baru Outward Bound Singapore (OBS) akan meliputi 10 peratus daripada kawasan tanah di Pulau Coney dan jumlah pelajar yang akan melalui OBS pula bakal mencecah tiga kali ganda kepada 45,000 menjelang 2020.
Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, mengumumkan demikian semalam semasa melawat OBS di Pulau Ubin.

