Premium
Kampus pengembaraan OBS baru di Pulau Coney
Mar 25, 2016 | 5:30 AM
PERLUAS PENDIDIKAN PENGEMBARAAN LUAR: Kampus OBS baru di Pulau Coney yang akan menelan belanja $250 juta dijangka siap menjelang 2020. - Foto fail -
DALAM usaha membangunkan semangat pengembaraan dan daya tahan dalam kalangan generasi muda, pemerintah akan memperluas pendidikan pengembaraan luar darjah bagi semua pelajar menerusi satu Pelan Induk Pendidikan Pengembaraan.
Mengumumkan pelan tersebut dalam ucapan Belanjawan di Parlimen, Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata agar belia dapat terus mekar mereka perlukan semangat pengembaraan, daya tahan dan kesediaan mencabar diri mereka supaya melakukan yang terbaik.

