Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak setahun, warga emas 68 tahun antara 19 kes import Covid-19 baru: MOH

Dec 21, 2020 | 1:12 AM
- Foto FAIL
- Foto FAIL -

SEORANG kanak-kanak warga Singapura berusia setahun dan seorang warga emas dari India berusia 68 tahun adalah antara 19 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Ahad (20 Disember).

Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Ahad malam, menjelaskan budak lelaki yang tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan mempunyai sejarah perjalanan dari India.

Wanita itu pula merupakan antara tiga pemegang pas lawatan jangka panjang dengan sejarah perjalanan dari India yang dikesan menghidap koronavirus.

Dua lagi pemegang pas lawatan jangka panjang yang positif Covid-19 adalah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan wanita 31 tahun berkerakyatan Nepal.

Dua warga Singapura dan tiga Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari United Kingdom dan India turut tersenarai dalam kalangan 19 kes yang dikesan pada Ahad.

Lagi dua kes adalah pemegang pas kerja dan seorang lagi merupakan pemegang permit kerja yang digajikan di Singapura dan mendarat ke sini dari Russia dan Indonesia.

Satu lagi kes pula adalah pemegang pas tanggungan yang mempunyai sejarah perjalanan dari United Kingdom.

Empat yang lain adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Dalam kalangan mereka merupakan satu kes yang sudah menerima jagaan perubatan di Singapura dan kembali ke sini bagi rawatan lanjutan. Beliau ditemani pengasuhnya yang juga dijangkiti Covid-19.

Dua lagi kes yang merupakan seorang lelaki 61 tahun dari India dan seorang lelaki 31 tahun dari India pula terbang ke Singapura bagi melawat anggota keluarga mereka yang merupakan warga Singapura atau PR Singapura.

Baki empat kes pula adalah kru kapal dari Indonesia yang memegang pas khas. Mereka tidak turun dari kapal tersebut sehingga dipindahkan ke kemudahan kuarantin setelah dikenal pasti sebagai kontak dekat satu kes yang sudah disahkan lebih awal.

Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 ketika menjalani SHN atau sewaktu diasingkan.

MOH menambah, lima lagi kes Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 58,279 individu sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan ini.

Terdapat 43 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg