Topik diikuti
Pergi ke BHkuKanak-kanak 12 bulan hingga 2 tahun akan dibolehkan pulih di rumah jika jangkit Covid-19
Kanak-kanak 12 bulan hingga 2 tahun akan dibolehkan pulih di rumah jika jangkit Covid-19

Kanak-kanak 12 bulan hingga 2 tahun akan dibolehkan pulih di rumah jika jangkit Covid-19
BAYI dan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga dua tahun tidak lama lagi akan dibenarkan pulih di rumah atau di bawah jagaan doktor utama atau pakar pediatrik mereka, jika mereka dijangkiti Covid-19.
Langkah memperluaskan Protokol 2 Covid-19 untuk merangkumi kanak-kanak dalam kumpulan usia lebih muda ini akan berkuat kuasa mulai Jumaat (25 Mac), kata Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 dalam satu sidang media maya pada Khamis (24 Mac).
Ini bermakna kanak-kanak dalam kategori umur tersebut yang diuji positif untuk Covid-19 akan diuruskan secara automatik di bawah Protokol 2, yang digunakan bagi pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan gejala, atau hanya mengalami gejala ringan.
Kementerian Kesihatan (MOH) sebelum ini membenarkan pesakit berusia tiga tahun hingga 69 tahun untuk pulih di rumah di bawah protokol tersebut, tanpa mengira status vaksinasi, berdasarkan penilaian sebahagian besar individu dalam kumpulan umur ini boleh pulih sendiri dengan selamat.
Mengumumkan langkah memperluaskan protokol itu pada Khamis, kementerian itu dalam satu kenyataan berkata bahawa data klinikal yang dikumpul di Singapura semasa gelombang Omicron juga menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak dalam kumpulan umur 12 bulan hingga dua tahun juga mengalami simptom ringan dan pulih dengan baik dalam masyarakat.