Topik diikuti
Pergi ke BHkuKanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun kini mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi di sini: Ong Ye Kung
Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun kini mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi di sini: Ong Ye Kung
Kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun kini mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi di sini: Ong Ye Kung
KANAK-KANAK berumur 5 hingga 11 tahun kini mempunyai kadar tertinggi jangkitan Covid-19 di sini, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Selasa (8 Feb). Bercakap di Anugerah Khidmat Bermutu Kesihatan Singapura 2022, Encik Ong, yang merupakan tetamu kehormat, berkata walaupun hospital buat masa ini mungkin tidak tertekan dalam cara yang sama seperti semasa gelombang Delta, terdapat keperluan untuk memastikan terdapat katil kanak-kanak yang mencukupi. Ini kerana varian Omicron lebih berkemungkinan menjangkiti kanak-kanak berbanding varian Delta, tambahnya. Kadar jangkitan bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun kini adalah sekitar 67 bagi setiap 100,000 penduduk, kata Encik Ong. Mereka yang berumur 12 hingga 19 tahun mempunyai kadar jangkitan tertinggi seterusnya, iaitu sekitar 55 bagi setiap 100,000. "Ini agak berbeza berbanding semasa gelombang Delta, yang kebanyakannya menjangkiti orang dewasa yang lebih tua," kata Encik Ong. Beliau menambah bahawa kadar jangkitan dalam kalangan kumpulan umur yang lebih tua kini lebih rendah, tetapi tidak memberi butiran lanjut. "Dengan lebih ramai kanak-kanak dan orang muda dijangkiti, kes yang teruk tidak dapat dielakkan dan kita perlu memastikan terdapat katil yang mencukupi untuk mereka," katanya sambil menambah hospital awam dan swasta menyediakan lebih banyak katil sedemikian, manakala kemudahan rawatan Covid-19 juga menukar lebih banyak katil untuk kanak-kanak dan penjaga mereka. Salah satu kemudahan tersebut ialah Connect@Changi di Expo, di mana 660 katil sedang disediakan. Mujur, kata Encik Ong, kemasukan ke hospital bagi kanak-kanak akibat Covid-19 selalunya sebagai langkah berjaga-jaga, dengan tempoh singkat sekitar dua hingga tiga hari. "Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memberi mereka vaksin bagi melindungi mereka daripada risiko penyakit yang teruk sekiranya mereka dijangkiti," tambahnya.