Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak hingga 6 tahun akan dapat tokokan $200 Akaun Pembangunan Anak

Sep 5, 2022 | 6:01 PM
57e02808-eea9-4e01-8b95-1439a08b27e2
-

SEKITAR 230,000 kanak-kanak warga Singapura berusia hingga enam tahun akan menerima $200 dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) mereka mulai Khamis (8 Sep). Jumlah itu akan dimasukkan terus ke dalam CDA kanak-kanak itu mulai 8 September, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan media pada Isnin (5 Sep). Ibu bapa yang masih belum membuka CDA perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun depan bagi anak mereka untuk menerima tokokan itu. Tokokan CDA adalah sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah yang diumum pemerintah semasa Belanjawan 2022 untuk memberi keluarga sokongan tambahan bagi perbelanjaan membesarkan anak mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg