Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-Kanak Pertapis dijamu juadah KFC

May 15, 2019 | 5:30 AM
MAJLIS IFTAR: Restoran Makanan Segera, KFC, meraikan 37 penghuni Rumah Kanak-Kanak Pertapis di KFC Kallang, yang diserikan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto DIYANA
MAJLIS IFTAR: Restoran Makanan Segera, KFC, meraikan 37 penghuni Rumah Kanak-Kanak Pertapis di KFC Kallang, yang diserikan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto DIYANA -

SERAMAI 37 kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Pertapis berasa gembira dapat berbuka puasa juadah KFC.

Majlis iftar itu juga dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara diadakan di KFC Kallang di Stadium Boulevard.

Pihak KFC berharap acara iftar itu dapat memberikan suasana penuh kasih sayang.

Ini menurut mereka penting demi menyuburkan pembangunan holistik bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun itu.

Selain itu, mereka juga dihiburkan dengan permainan, pertunjukan ahli silap mata dan kemunculan maskot KFC, Colonel Sanders.

Dalam ucapannya, Dr Faishal menekankan akan pentingnya syarikat-syarikat seperti KFC mengadakan majlis-majlis berbuka seperti itu.

Ini supaya golongan kurang bernasib baik tahu bahawa masyarakat mengambil berat tentang kehidupan mereka.

Dr Faishal juga mengalu-alukan daya usaha seperti itu dan ingin badan-badan seperti KFC tampil ke hadapan pada bulanmulia ini.

Inisiatif seperti itu sejajar dengan SG Cares, yang menitikberatkan keprihatinan, kasih sayang, dan memupuk budaya memberi.

Di majlis ini, Dr Faishal meluangkan masa dari meja ke meja beramah mesra bersama kanak-kanak dan juga menyertai permainan Chicky Dance.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg