Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak prasekolah di Newton dilapor dijangkiti salmonella, flu perut

Dec 8, 2020 | 10:28 PM
Prasekolah Kiddiwinkie Schoolhouse @ Newton melaporkan terdapat empat kes salmonella dan 18 kes flu perut hingga Selasa (8 Dis).
Prasekolah Kiddiwinkie Schoolhouse @ Newton melaporkan terdapat empat kes salmonella dan 18 kes flu perut hingga Selasa (8 Dis). - CHONG JUN LIANG

SEBUAH prasekolah di Newton telah menyaksikan penularan salmonella dan flu perut di kalangan murid-muridnya yang berusia antara 18 bulan dengan enam tahun.

Menurut surat pekeliling sekolah yang dilihat oleh The Straits Times, Kiddiwinkie Schoolhouse @ Newton melaporkan terdapat empat kes salmonella dan 18 kes flu perut hingga Selasa (8 Dis). Prasekolah itu berkata kes-kes tersebut telah dilaporkan kepada Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa pusat itu akan dinyahjangkit setiap hari. Memakan makanan yang dicemari bakteria Salmonella enteritidis boleh menyebabkan cirit-birit, demam, muntah dan sakit perut, dan biasanya dikenali sebagai keracunan makanan. Jangkitan salmonella boleh membawa maut dalam kanak-kanak kecil, warga emas dan mereka yang mengalami gangguan sistem imun. Flu perut pula disebabkan oleh norovirus, iaitu radang perut dan usus. Simptom biasa termasuk cirit-birit dan muntah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg