Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak prasekolah lukis beg kanvas bagi kumpul dana

Aug 3, 2023 | 5:42 PM
SUMBANG KREATIVITI: Encik Lawrence Wong (dua dari kiri) dan Encik Zaqy Mohamad menyumbang kreativiti mereka dalam menghasilkan beg kanvas yang dilukis khas bagi tujuan mengumpul dana.
SUMBANG KREATIVITI: Encik Lawrence Wong (dua dari kiri) dan Encik Zaqy Mohamad menyumbang kreativiti mereka dalam menghasilkan beg kanvas yang dilukis khas bagi tujuan mengumpul dana. - Foto ZAOBAO

Sekitar 180 kanak-kanak prasekolah menyumbang kreativiti mereka dalam menghasilkan beg lukisan khas berdasarkan tema alam semula jadi untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak kurang bernasib baik.

Ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan pusat prasekolah Skool4Kidz di bawah projek masyarakat ‘Little Giving Artist’ – cabang Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) penyedia khidmat pendidikan tersebut.

Kempen itu – yang diadakan buat tahun ketiga – dilancarkan pada Khamis di Skool4Kidz Preschool @ Marsiling Drive.

Cawangan di Marsiling Drive itu merupakan pusat pendidikan Skool4Kidz paling lama ditubuhkan yang dibuka pada 2014.

Turut menyumbang ke arah menghasilkan beg lukisan khas itu semasa pelancaran inisiatif tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang menghadiri acara pelancaran itu.

Encik Wong dan Encik Zaqy telah menyertai kanak-kanak dari peringkat K2 dalam menghasilkan karya seni mereka.

Berdasarkan tema 2023, ‘Saya dan Alam Semula Jadi’, kanak-kanak prasekolah telah menggunakan cat akrilik untuk melukis pada beg kanvas mampan di bawah pemantauan Pakar Seni daripada Pusat Pembelajaran Crestar.

Pengarah Operasi Skool4Kidz, Encik Timothy Chan, berkata sokongan bagi inisiatif itu semakin meningkat tahun demi tahun.

“Sokongan daripada ibu bapa dan juga anggota masyarakat terhadap inisiatif ini semakin meningkat. Begitu juga dengan jumlah kanak-kanak yang terlibat dalam kempen Little Giving Artists.

“Pada 2021, sebanyak 117 kanak-kanak terlibat berbanding tahun ini dengan seramai 182 kanak-kanak yang turut serta,” ujarnya.

Encik Chan menambah, beliau berharap kempen itu dapat menerapkan sikap belas ihsan dalam diri kanak-kanak yang terlibat.

“Di permulaan kempen, kanak-kanak ini sudah dimaklumkan bahawa karya seni mereka di beg ini bertujuan mengumpul dana bagi kanak-kanak yang lebih memerlukan.

“Dengan kesedaran itu, mereka menggunakan imaginasi mereka untuk melukis berdasarkan tema yang ditetapkan.

“Kegiatan ini juga membantu dalam membentuk kemahiran lain seperti koordinasi dan mengawal pergerakan mereka,” ujar Encik Chan.

Beg yang dihasilkan akan dipaparkan pada galeri seni dalam talian dan boleh dibeli melalui derma minimum $30 melalui Giving.SG.

Dana terkumpul akan disalurkan kepada badan sosial Persatuan Kebajikan Wanita Asia (AWWA) bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg