Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak Cina tidak abai bahasa ibunda walau lebih berbahasa Inggeris: Kajian

Jul 11, 2016 | 10:44 AM
Kanak-kanak dari prasekolah EtonHouse dalam satu persembahan tarian.
Kanak-kanak dari prasekolah EtonHouse dalam satu persembahan tarian. - GAMBAR ETONHOUSE

WARGA Cina muda Singapura kini lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa ibunda, tetapi satu kajian baru mendapati kanak-kanak prasekolah masih mempunyai pemahaman baik tatabahasa bahasa Cina, dengan perbendaharaan kata dan kemahiran lisan yang baik.

Lebih separuh daripada mereka masih dwibahasa, walaupun menggunakan bahasa Inggeris lebih kerap dengan rakan-rakan dan adik-beradik, menurut satu kajian dua tahun oleh pasukan dari Pusat Singapura bagi Bahasa Cina (SCCL).

Kajian itu, yang siap tahun lalu dan dibiayai oleh Dana bagi Dwibahasa Lee Kuan Yew, bertujuan mendapatkan gambaran lebih mendalam mengenai penggunaan kedua-dua bahasa dalam kalangan kanak-kanak di sini.

Kira-kira 1,300 ibu bapa yang mempunyai anak di 74 prasekolah ditanya mengenai penggunaan bahasa mereka dan berapa banyak mereka mendedahkan anak mereka kepada bahasa Cina dan Inggeris bentuk lisan dan bertulis.

Ini termasuk masa yang dihabiskan membaca buku cerita, menonton televisyen dan mendengar lagu.

Penyelidik juga menguji 380 kanak-kanak prasekolah berumur lima hingga enam tahun berkaitan kecekapan mereka mengecam huruf dan bertutur bahasa Cina.

Profesor Madya Tan Chee Lay, pengarah eksekutif penyelidikan dan pembangunan SCCL, berkata penyelidikan sebelum ini mencatat gambaran "muram" warga Cina muda Singapura mempunyai pemahaman lemah bahasa ibunda mereka.

Tetapi kajian terkini itu menunjukkan mereka tidak mengabaikan bahasa Cina sepenuhnya.

Hasil kajian itu telah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa, seperti Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg