Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kandungan dari saluran YouTube mengenai antivaksinasi dipadam kerana langgar garis panduan

Nov 7, 2021 | 5:31 PM
-

KANDUNGAN daripada satu saluran YouTube dengan pendirian antivaksinasi telah dipadamkan, selepas didapati melanggar garis panduan wadah platform itu. Saluran itu berdasarkan satu kumpulan bergelar 'Healing The Divide', yang diasaskan Cik Iris Koh dan dikatakan memberi amaran kepada orang ramai tentang bahaya vaksinasi. Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Ahad (7 Nov) bahawa saluran Cik Koh mempunyai sejarah menyiarkan dan berkongsi kandungan yang menyebarkan kepalsuan dan maklumat mengelirukan tentang vaksin Covid-19.

MOH berkata: "Pemerintah memandang serius komunikasi yang disengajakan mengenai kepalsuan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membahayakan kesihatan dan kesejahteraan orang ramai dengan menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19 dan vaksin." Kementerian itu menambah bahawa ia mengalu-alukan pemadaman terbaru kandungan saluran YouTube Cik Koh, yang termasuk kandungan bertajuk 'Town Hall Meeting: United We Stand For Choice, and Healing The Divide: Remembering Those We Love and Lost'. Facebook juga sebelum ini menggantung akaun Cik Koh lebih daripada sekali kerana melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata MOH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg