Topic followed successfully
Go to BHkuKeracunan merkuri punca pelbagai masalah kesihatan
Premium
Keracunan merkuri punca pelbagai masalah kesihatan
Produk kecantikan seperti pemutih kulit biasanya ditarik keluar dari pasaran ekoran mengandungi merkuri atau raksa. Namun, apakah sebenarnya kesan raksa terhadap kesihatan? Mengapa pengguna harus segera menghentikan penggunaannya meskipun ia memberi kesan 'menakjubkan'?
Mar 30, 2016 | 5:30 AM
Keracunan merkuri punca pelbagai masalah kesihatan
DR ANTHONY GOON: Konsultan Kanan Pusat Kulit Singapura (NSC) ini berkata tiada tahap merkuri yang disifatkan sebagai dapat diterima untuk kegunaan di dalam kosmetik, malah ia telah dilarang di Amerika Syarikat. - Foto NHG -
MERKURI atau raksa bukan sahaja boleh menjejas seseorang melalui penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan tersebut, bahkan boleh memberi kesan jika seseorang terdedah pada merkuri apabila terhidunya.
Demikian dinyatakan oleh Konsultan Kanan, Pusat Kulit Singapura (NSC), di bawah naungan National Healthcare Group (NHG), Dr Anthony Goon, ketika ditanya berhubung kesan merkuri yang kerap disebut sebagai bahan terlarang dalam produk kecantikan seperti pemutih kulit yang dilarang.

