Kandungan SalamSG TV dalam bahasa Bengali bagi pekerja asing di sini
Premium
Kandungan SalamSG TV dalam bahasa Bengali bagi pekerja asing di sini
Turut sediakan bahan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil
Apr 25, 2020 | 5:30 AM
SELAIN kandungan dalam bahasa Melayu, Saluran SalamSG TV turut menyediakan kandungan dalam beberapa bahasa lain termasuk Bengali.
Kandungan dengan bahasa itu dihasilkan bagi memudahkan pekerja asing Bangladesh, yang ramai mencari rezeki di sini, mendapat maklumat berguna berkaitan penularan Covid-19, langkah pemutus litar virus itu, isu kesihatan serta perkara berkaitan ibadah Ramadan.

