Topic followed successfully
Go to BHkuKapal pesiaran Royal Caribbean dijangka mula berlayar dari SG ke M'sia akhir Jun
Kapal pesiaran Royal Caribbean dijangka mula berlayar dari SG ke M'sia akhir Jun
Kapal pesiaran Royal Caribbean dijangka mula berlayar dari SG ke M'sia akhir Jun
KAPAL pesiaran Royal Caribbean akan mula berlabuh di pelabuhan-pelabuhan di Malaysia mulai akhir bulan ini, dengan persinggahan di Pulau Pinang dan Pusat Pelabuhan Klang.
Ini menamatkan pelayaran tanpa destinasi atau "cruise to nowhere" yang bermula di Singapura pada November 2020, sebagai percubaan untuk pelayaran yang selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Royal Carribbean mengumumkan ia menawarkan pelayaran tiga dan empat malam di kapal Spectrum of the Seas mulai 30 Jun.
Sejak Mac 2020, Singapura telah menghentikan persinggahan kapal persiaran di pelabuhan.
Semua tetamu perlu mempunyai pasport dengan tempoh sah enam bulan, dan harus mengemaskini aplikasi MySejahtera sebelum memulakan pelayaran. Mereka juga perlu mematuhi peraturan vaksinasi tempatan, kata laluan pelayaran tersebut.
Pengarah kapal persiaran di Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Cik Annie Chang, berkata persinggahan di pelabuhan akan menyediakan lebih banyak pilihan percutian, yang diharapkan menarik lebih banyak pelancong menaiki kapal, pada tahun akan datang apabila lebih banyak pelabuhan di rantau ini dibuka.
Cik Chang sebelum ini berkata STB telah berusaha menyediakan khidmat persinggahan di pelabuhan menjelang akhir tahun.
Destinasi popular seperti Bali di Indonesia; Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang di Malaysia sedang dipertimbang. Phuket di Thailand juga telah didedahkan lebih awal lagi sebagai destinasi yang mungkin dikunjungi.
Naib presiden dan pengarah urusan Asia-Pasifik Royal Caribbean, Cik Angie Stephen, berkata pelayaran itu adalah yang pertama di Singapura untuk menyambung semula persinggahan di pelabuhan.
Pada masa ini, laluan pelayaran memerlukan semua tetamu menjalani ujian pantas antigen yang diawasi sehari sebelum menaiki kapal, tidak kira umur atau taraf vaksinasi mereka.
