Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal Success 9 yang hilang ditemui, kesemua anak kapal selamat

Apr 16, 2023 | 2:54 PM
KAPAL tangki minyak berdaftar Singapura, Success 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali pada Isnin sekitar 570 kilometer dari pantai Ivory Coast, Afrika Barat.
KAPAL tangki minyak berdaftar Singapura, Success 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali pada Isnin sekitar 570 kilometer dari pantai Ivory Coast, Afrika Barat. - CMG

KAPAL tangki minyak berdaftar Singapura, Success 9, yang dinaiki beberapa individu tidak dikenali pada Isnin sekitar 570 kilometer dari pantai Ivory Coast, Afrika Barat, telah ditemui pada Sabtu malam. Kesemua 20 anak kapalnya, termasuk seorang warga Singapura, selamat. Pada awal pagi Ahad, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengeluarkan kenyataan bahawa kapal itu ditemui di luar pantai bandar Abidjan oleh kapal komersial, Monjasa Sprinter. Kapal Success 9 telah mengeluarkan panggilan kecemasan dan MPA dimaklumkan pada kira-kira 5.00 petang. MPA, yang bekerjasama dengan pemilik Success 9, HS Ocean dan agensi antarabangsa melalui Pusat Gabungan Maklumat (IFC) dan Pusat Koordinasi Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia (MRCC), kemudian memaklumkan kedua-dua pusat tersebut. Kapal peronda dari tentera laut Ivory Coast telah dikerahkan untuk mengesahkan dan menaiki Success 9, dan semua anak kapal ditemui dalam keadaan "selamat dan sihat". MPA menasihatkan semua kapal berdaftar Singapura untuk berhati-hati dan mematuhi garis panduan dalam Amalan Pengurusan Terbaik Afrika Barat apabila beroperasi di rantau tersebut untuk mengurangkan ancaman lanun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg