SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kapal tangki NewOcean 6 dikuarantin selepas 9 kes Covid-19 dikesan

Kapal tangki NewOcean 6 dikuarantin selepas 9 kes Covid-19 dikesan

Jan 7, 2021 | 5:30 AM

Kapal tangki NewOcean 6 dikuarantin selepas 9 kes Covid-19 dikesan

6d7f8c46-556e-4d05-a2a9-665f82d9a2bc
-

KAPAL tangki bunker NewOcean 6 yang dikendalikan Palmstone Tankers & Trdg Pte Ltd telah dikuarantin dan akan menghentikan semua operasi sehingga masa yang akan diumumkan kelak.

Ini setelah sembilan kes positif Covid-19 dikaitkan dengannya sehingga 5 Januari lalu di Pelabuhan Singapura.

Seorang kelasi warga Indonesia diuji positif koronavirus Covid-19 pada 30 Disember tahun lalu setelah tiba di Singapura pada 17 Disember 2020.

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam responsnya yang dikeluarkan semalam berkata MPA mempunyai prosedur ketat yang mesti dipatuhi semua anak kapal yang datang ke sini daripada luar negara untuk bekerja di atas kapal.

"Mereka harus melalui kuarantin 14 hari dan mesti diuji negatif Covid-19 pada permulaan dan penghujung tempoh kuarantin mereka di negara asal.

"Setibanya di Singapura, mereka akan diuji lagi dan mesti mengasingkan diri di dalam bilik sehingga keputusan ujian mereka diketahui sebelum memulakan pelayaran," kata MPA.

Kelasi warga Indonesia itu diuji negatif pada 1, 16 dan 17 Disember 2020.

Beliau lalu memulakan kerja di NewOcean 6 selepas keputusan ujian Covid-19 yang diambilnya pada 17 Disember didapati negatif.

Kesemua 13 anak kapal lain telah dikuarantin bermula 31 Disember 2020.

Berikutan kes tersebut, lapan lagi anak kapal warga Indonesia dan seorang anak kapal warga Singapura telah diuji positif Covid-19 pada 3, 4 dan 5 Januari 2021.

Anak kapal warga asing yang berada di atas kapal tangki bunker itu tidak turun daripada kapal tersebut sebelum diuji positif.

Anak kapal warga Singapura itu merupakan pegawai kargo yang mengesahkan penghantaran bunker di atas kapal.

"Memandangkan kes Covid-19 yang berlaku di atas kapal, kapal tangki bunker itu telah dikuarantin dan akan menghentikan semua operasi sehingga masa yang akan diumumkan kelak.

"Syarikat terbabit perlu mengkaji semula semua prosedurnya sebelum dibenarkan beroperasi semula," ujar MPA.

Penguasa tersebut turut mengingatkan pemilik dan pengendali kapal supaya melaksanakan dan mematuhi langkah-langkah pengurusan yang selamat di kapal masing-masing.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg