Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapasiti dikurangkan bagi CCA sukan fizikal, tarian di sekolah; saiz kumpulan dikecilkan daripada 5 kepada 2 orang

Jul 19, 2021 | 1:47 AM
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

HAD tampungan bagi kegiatan kokurikular (CCA) berupa sukan fizikal dan tarian di sekolah-sekolah akan dikurangkan daripada 50 orang kepada 30 orang menyusuli peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata, saiz kumpulan ini harus dikurangkan daripada lima orang kepada dua orang.

Sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, MOE berkata pada malam Ahad (18 Julai) bahawa langkah pengurusan selamat yang diperketatkan ini bermula dari Isnin. Satu surat pekeliling pada Sabtu telah dikirimkan bagi memberitahu pihak sekolah tentang ketetapan terkini itu, tambah MOE.

Pelajaran pendidikan fizikal harus dikendalikan berdasarkan sesebuah kelas dan terdiri daripada kegiatan individu atau berkumpulan dengan had hingga dua orang sahaja.

MOE juga menambah bahawa CCA yang memerlukan pertemuan pada Penggal 3 buat sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia telah disambung semula mulai 12 Julai dan akan diteruskan.

Katanya lagi: "Bagi sekolah rendah pula, kami merancang menyambung semula CCA yang memerlukan pertemuan dari Penggal 3, Minggu 5 (mulai 26 Julai selanjutnya) tetapi akan terus menyemaknya jika sebarang penyesuaian diperlukan berdasarkan situasi yang ada kini."

MOE berkata tindakan relevan akan juga diambil bagi kakitangan dan pelajar, seandainya mereka atau anggota isi rumah mereka menerima Amaran Risiko Kesihatan (HRW) atau pesanan SMS berupa Pemberitahuan Risiko Kesihatan (HRA) dari Kementerian Kesihatan (MOH).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg