Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapsul masa ucapan rakyat sebagai hadiah ulang tahun SG

Aug 9, 2022 | 5:30 AM
KAPSUL MASA: Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling (barisan belakang, empat dari kanan), bergambar dengan belia-belia dari sekolah tempatan yang telah menyumbang ucapan mereka kepada kapsul masa. Turut bersama dalam gambar adalah pengasas galeri, Cik Jamain Chen (dua dari kiri), pengarah kanan Galeri Nasional, Cik Suenne Megan Tan (tiga dari kiri), dan ketua jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan Brigadier-Jeneral Goh Pei Ming (tiga dari kanan).
KAPSUL MASA: Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling (barisan belakang, empat dari kanan), bergambar dengan belia-belia dari sekolah tempatan yang telah menyumbang ucapan mereka kepada kapsul masa. Turut bersama dalam gambar adalah pengasas galeri, Cik Jamain Chen (dua dari kiri), pengarah kanan Galeri Nasional, Cik Suenne Megan Tan (tiga dari kiri), dan ketua jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan Brigadier-Jeneral Goh Pei Ming (tiga dari kanan). -

SEKITAR 90,000 ucapan telah ditulis oleh para belia Singapura dan dikumpulkan secara digital lalu diletakkan dalam kapsul masa sempena Hari Kemerdekaan Singapura yang ke-57.

Ini adalah sebahagian acara pembukaan Galeri Pembelajaran Our Heart for Singapore (OHFSG) di Galeri Nasional Singapura semalam.

Tetamu terhormat acara itu, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, telah melancarkan pembukaan galeri baru itu.

Beliau kemudian juga diberikan kapsul masa oleh pengasas galeri, Cik Jamain Chen, ketua jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Brigadier-Jeneral Goh Pei Ming dan pengarah kanan Galeri Nasional, Cik Suenne Megan Tan.

"Galeri Pembelajaran OHFSG menceritakan kisah perpaduan kita sebagai satu masyarakat. Ia menghimpunkan rakyat Singapura, muda dan tua, keluarga besar dan kecil, dengan cara yang unik untuk meraikan perjalanan kami dan pencapaian sebagai sebuah negara.

"Tumpuan tahun ini adalah pada keluarga dan ia mengingatkan kita bagaimana ikatan hubungan dan keluarga memainkan peranan dalam nilai dan pembinaan identiti kolektif kita," kata Cik Low.

Untuk menjayakan kapsul masa itu, sebanyak 110 sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah pendidikan khas serta orang awam telah turut serta untuk mencatatkan ucapan hari jadi mereka kepada Singapura. Pada masa yang sama, mereka menggalak rakyat Singapura untuk maju sebagai rakyat yang kukuh dan bersatu.

"Hadiah hari jadi ke-57 daripada rakyat Singapura ini mencerminkan salah satu daripada DNA negara kita yang telah dapat bertahan dalam ujian pandemik baru-baru ini, iaitu ketabahan dan keyakinan untuk mengatasi cabaran. Ini telah membolehkan kami menjadi lebih erat dan lebih kuat bersama," tambah Cik Low.

Setiap kawasan kejiranan dan estet perumahan telah menyumbang kepada hadiah Singapura ini dan ucapan-ucapan tersebut telah mula dikumpulkan sejak bulan lalu.

Kapsul masa itu menampilkan peta Singapura secara tiga dimensi yang terdapat di tembok digital Galeri Nasional.

Pengunjung yang ingin melihat dan membaca ucapan-ucapan tersebut boleh mengaksesnya menerusi laman NDP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg