SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kapten bersara, pemimpin akar umbi Shamsudin Shadan meninggal

Kapten bersara, pemimpin akar umbi Shamsudin Shadan meninggal

Mar 15, 2023 | 5:30 AM

Kapten bersara, pemimpin akar umbi Shamsudin Shadan meninggal

TIDAK DILUPAKAN: Allahyarham Shamsudin Shadan, 90 tahun, meninggal dunia sekitar 5.15 pagi pada Selasa di rumah. - Foto fail
TIDAK DILUPAKAN: Allahyarham Shamsudin Shadan, 90 tahun, meninggal dunia sekitar 5.15 pagi pada Selasa di rumah. - Foto fail -

KAPTEN (Bersara) Encik Shamsudin Shadan, pemimpin akar umbi veteran yang telah melalui sejarah pembangunan Singapura dari tempoh kemerdekaan, rusuhan perkauman hingga keadaan aman dan makmur, meninggal dunia pagi semalam.

Allahyarham Shamsudin, 90 tahun, menghembuskan nafas terakhir sekitar 5.15 pagi Selasa di rumah.

Jenazah Allahyarham Shamsudin dimandikan di rumahnya di Holland Drive sebelum dibawa ke Masjid Mujahiddin pada 12.30 petang untuk disolatkan.

Jenazah kemudian selamat dikebumikan selepas zuhur.

Menurut Encik Suhaimi Jais, anak menantunya, Allahyarham meninggal dunia disebabkan lanjut usia.

"Dalam dua bulan lepas, beliau sebenarnya kurang sihat dan dua hari lalu, keadaannya semakin merosot," jelasnya dalam satu panggilan telefon bersama Berita Harian.

"Memandangkan keadaannya, kami sekeluarga terus membuat persiapan untuk memastikan keluarga kami semua meluangkan masa bersamanya semasa hari-hari terakhirnya," tambah Encik Suhaimi, seorang tokoh penyiaran.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, tiga orang anak dan lebih lima cucu.

Allahyarham dilahirkan dan membesar di sebuah kawasan estet ladang getah di Pengerang, Johor.

Beliau menyertai Kem Tentera British sebagai seorang peon pada usia 17 tahun, kemudian bekerja keras dan berusaha gigih selama 30 tahun sehingga mencapai pangkat kapten dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) apabila beliau bersara pada 1987.

Selain berkhidmat kepada negara, Allahyarham turut giat menyumbang tenaga sebagai imam sambilan dan pengerusi Masjid Kampong Holland serta menjadi anggota beberapa pertubuhan akar umbi.

Semasa di pusara, Encik Suhaimi berkata anggota tentera turut meniup trompet sebagai memberi penghormatan terakhir kepada beliau.

Pada Selasa, saudara-mara dan beberapa rakan seperjuangan Allahyarham menziarahi keluarga beliau di rumahnya.

Antaranya Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Mantan Anggota Parlimen, Encik Zainul Abidin Rasheed; dan Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Amin dan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya.

Encik Khairul berkata meskipun Allahyarham sudah mencapai usia 80-an ketika itu, beliau masih mempunyai jiwa yang kuat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan juga Masjid Kampong Holland.

Mantan pengerusi Masjid Kampong Holland itu berkata:

"Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berdedikasi tinggi, berdisiplin dan pemurah orangnya. Beliau selalu memberi pandangan dan nasihat kepada saya.

"Kehilangannya adalah sesuatu yang besar bagi kita di peringkat masjid dan juga masyarakat umum."

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg