Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Karnival Hari Wanita di Jurong lengkapi kaum Hawa peluang perkasa diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karnival Hari Wanita di Jurong lengkapi kaum Hawa peluang perkasa diri

Mar 10, 2024 | 05:15 PM



Sempena Hari Wanita Antarabangsa (IWD), lebih 1,200 penduduk di Jurong menghadiri karnival EmpowerHER yang menampilkan pelbagai acara termasuk pameran pekerjaan dengan pilihan kerja fleksibel serta ceramah kesihatan.

Acara itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Wanita (WEC) dari GRC Jurong serta SMC Bukit Batok dan Yuhua.

Karnival itu bertujuan memperkasa dan memberi inspirasi kepada wanita melalui kisah-kisah daya tahan dan pencapaian.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, Cik Grace Fu dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang) Cik Rahayu Mahzam adalah antara yang hadir di Karnival EmpowerHER yang diadakan di Kelab Masyarakat Yuhua, pada 10 Mac.

Turut serta meraikan Hari Wanita adalah Penasihat Organisasi Akar Umbi GRC Jurong, Encik Shawn Huang dan Dr Hamid Razak.

Cik Rahayu memberitahu Berita Harian (BH) bahawa acara seperti Karnival EmpowerHER amat bermakna bagi menyambut Hari Wanita kerana ia memberi peluang untuk masyarakat menunjukkan pelbagai sokongan dan kegiatan yang boleh dilakukan oleh kaum wanita.


Ceramah merangkumi topik seperti kesihatan fizikal, kesejahteraan mental, keibuan, dan memupuk nilai diri dalam kalangan wanita turut diadakan semasa karnival itu.

Melalui bengkel kemampanan yang turut diadakan, pengunjung dapat memperkasakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal berhubung amalan kemampanan di samping menjalankan tanggungjawab kekeluargaan mereka.

Selain itu, karnival tersebut menawarkan pelbagai pilihan pekerjaan untuk wanita, termasuk jawatan sepenuh masa, sambilan, pengaturan pekerjaan yang fleksibel dan peluang pekerjaan mikro.

Ini sedang trend pekerjaan fleksibel semakin meningkat dalam kalangan wanita, khususnya yang mempunyai tanggungjawab menjaga keluarga. 

Menerusi acara itu, peserta turut memperoleh akses kepada sokongan dalam pelbagai aspek termasuk bimbingan kerjaya dan sumber lain.


“Saya harap dengan informasi yang diberikan, wanita sebagai tunggak dalam keluarga dapat membantu membina keluarga mereka, membantu diri mereka sendiri untuk terus maju,” tambah Cik Rahayu.

Karnival itu turut menampilkan kegiatan sesi ‘zumba’, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan penglihatan serta gerai interaktif yang meningkatkan kesedaran tentang pengambilan makanan yang lebih baik dan membolehkan mereka membuat pilihan yang lebih sihat.

Seorang penduduk Bukit Batok, Cik Asmidah Jaffar, 59 tahun, memuji usaha seperti Karnival EmpowerHER yang memberi kaum wanita pelbagai peluang untuk memperkasakan diri.

“Peluang sebegini sangat bagus dan menarik. Saya tidak menyangka bahawa acaranya sebesar ini. Ada pelbagai reruai termasuk pelbagai peluang pekerjaan untuk wanita. Saya juga menyertai sesi ‘zumba’,” kongsi beliau.   


Pengerusi Penganjur Bersama IWD: EmpowerHER, Cik Cassandra Lee berkata:

“Kami mahu memperkasakan semua wanita dalam masyarakat Jurong kami, termasuk golongan muda, warga emas dan pesara, untuk mengimbangi tanggungjawab penjagaan mereka di samping memenuhi tanggungjawab mereka dan keperluan sendiri.


“Melalui acara ini, kami berharap dapat menyediakan wanita dengan fleksibiliti kewangan melalui pekerjaan mikro yang diterajui masyarakat, pengaturan pekerjaan yang fleksibel, dan sokongan kaunseling dan bimbingan untuk meneruskan kerjaya yang diingini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >