KARTRIJ peluru 5.56mm yang kosong dan dipercayai telah digunakan ditemui di Yishun Street 81 semalam (22 September).

Peluru jenis ini biasanya digunakan bagi senjata seperti SAR-21, senapang utama yang digunakan askar Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Menurut akhbar The Straits Times, hanya satu kartrij yang ditemui dan seorang lelaki berusia 30-an tahun telah melaporkan hal itu kepada polis selepas tertendang objek itu.

Siasatan polis sedang dijalankan.