Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Karya, pemikiran Suratman harus dikaji, dihayati: Fahmi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karya, pemikiran Suratman harus dikaji, dihayati: Fahmi

Mar 23, 2024 | 06:34 PM



Dalam memperingati Allahyarham Suratman Markasan, pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menggalak agar pemikiran dan kebijaksanaan sasterawan perintis itu terus direnung, dan karya pentingnya terus dikaji.

Dengan melakukan demikian, karya sastera tempatan dapat diperkayakan lagi, kata Encik Fahmi dalam ucapan alu-aluannya di acara ‘Suratman Markasan: Surat Nan Budiman, Mengenang Jasa Ilham Suratman Markasan’ pada 23 Mac.

Acara di The Arts House itu bertujuan memperingati Allahyarham, yang meninggal dunia pada 27 Februari pada usia 93 tahun.

“Pak Suratman merupakan seorang tokoh yang membuktikan bahawa seorang penulis itu tidak terpisah daripada isu dan kondisi masyarakatnya.

“Penulis itu telinga dan mata masyarakat. Inilah kata-kata yang sering dilontarkan beliau. Sikap prihatin akan nasib dan hala tuju masyarakatnya, sama ada dari segi bahasa, sastera mahupun isu sosial, sudah mendarah daging dalam dirinya,” kata Encik Fahmi, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

“Berkumpulnya kita di sini bukan sahaja untuk memperingati Pak Suratman dan sumbangannya malah untuk membakar semangat kita yang masih hidup ini agar terus memikirkan dan mengupas isu-isu yang diangkat beliau dalam penulisannya.

“Karya-karya beliau yang kita warisi haruslah dikaji untuk terus memperkaya bidang persuratan setempat,” tambahnya.

Acara bahasa Melayu dan Inggeris itu dianjurkan bersama oleh Majlis Buku Singapura, MBMS dan Kamelia Co. Ltd, dengan sokongan Arts House Limited, Sahabat Sastera dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di acara itu, beberapa hadirin, seperti anak Allahyarham, pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu, Dr Suriani Suratman, dan sasterawan mapan, Hamed Ismail, bercakap tentang Allahyarham dan kesan yang dibawanya ke atas kehidupan mereka.

Pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, menyampaikan ceramah penghargaan berjudul, Sang Surat yang Pengayom dan Pengayam.


Beliau menghuraikan dua sisi ketokohan yang disimpulkan daripada keperibadian Allahyarham, iaitu penganyam dan pengayom.


“Penganyaman Pak Suratman terlihat dalam dua bidang utama – yang satu dorongan ilham kreatif yang menggunakan fiksi, prosa dan puisi, dan satu lagi berbentuk wacana yang mengupas idea, pemikiran, impian dan harapan. Himpunan tulisannya menjadi kesaksian yang merentas puluhan dekad, merentas zaman kolonial, zaman Jepun, zaman kemerdekaan Malaya, Malaysia dan Singapura.

“Beliau sangat yakin pada hikmat yang digubahnya: sasterawan harus menjadi mata dan telinga untuk masyarakat. Itulah yang membuat beliau menjadi penulis yang cermat memerhati bukan penulis yang berkhayal ilham sendiri-sendiri,” katanya.

Menurut Dr Azhar, pengayom adalah perkataan Jawa yang bermakna pelindung, dan sebagai pengayom, Allahyarham berperanan sebagai pelindung, penjaga dan pemelihara dunia kesusasteraan.


“Beliau banyak memimpin, baik sebagai guru, pensyarah, ahli persatuan dan jawatankuasa, di mana peranan beliau dapat menggerak institusi dan pertubuhan. Sisi pengayoman ini sendiri adalah sumbangan yang penting untuk masyarakat dan negara.


“Beliau adalah sasterawan terakhir dari zamannya. Kerana dianugerahkan umur yang panjang, beliau dianugerahkan Tuhan kudrat untuk berkarya sampailah ke akhir-akhir hayat beliau,” kata Dr Azhar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >