Topik diikuti
Pergi ke BHkuKarya seni 42 meter oleh artis antarabangsa, Kaws 'lawat' Spura

Karya seni karakter Companion yang berlatar belakangkan Marina Bay Sands, memberi peluang bergambar yang menarik untuk penduduk Singapura. - jsnjnr
Nov 13, 2021 | 3:31 PM
Karya seni 42 meter oleh artis antarabangsa, Kaws 'lawat' Spura
Artis antarabangsa, Kaws telah mendedahkan karya seni sepanjang 42 meter di Singapura hari ini.
Orang ramai kini boleh menikmati karya seni karakter Companion - yang dikenali ramai - yang dipamerkan di Pentas Terapung Marina Bay.
Menurut kenyataan pada Sabtu (13 November), karya seni itu adalah hasil kerjasama dengan AllRightsReserved dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Penampilan Companion di negara ini adalah menyusuli 'lawatan' ke enam negara lain seperti Seoul, Taipei, Hongkong dan Jepun, tambah kenyataan itu.
Karya seni itu dibuka kepada orang ramai sehingga 21 November, dari 2 petang hingga 9 malam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti