Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Karyawan jagaan kesihatan nikmati akses percuma berita digital SPH

Jun 12, 2020 | 2:15 PM
Akses percuma itu sebagai tanda penghargaan kepada golongan karyawan jagaan kesihatan di atas kerja keras mereka sepanjang tempoh pandemik ini.
Akses percuma itu sebagai tanda penghargaan kepada golongan karyawan jagaan kesihatan di atas kerja keras mereka sepanjang tempoh pandemik ini. - AFP

KARYAWAN jagaan kesihatan di 11 hospital setempat akan menerima akses berita digital percuma daripada syarikat Singapore Press Holdings (SPH) sebagai tanda penghargaan atas kerja keras dan dedikasi mereka semasa pandemik Covid-19. Mulai esok, mereka akan dapat menikmati akses ke The Straits Times atau Lianhe Zaobao selama enam bulan, selepas mengaktifkan akaun mereka dengan kod penebusan unik. SPH dalam kenyataan hari ini berkata ia telah menjangkau ke hospital-hospital di Singapura untuk memulakan inisiatif ini bulan lalu dan 11 hospital, termasuk Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH), menjawab dengan kakitangan yang berminat menyatakan penerbitan pilihan mereka sama ada The Straits Times atau Lianhe Zaobao. Inisiatif terbaru itu menyusuli sumbangan SPH terdiri daripada surat khabar, akses berita digital percuma, majalah dan buku yang dihasilkan oleh pelbagai penerbitan syarikat itu kepada pesakit Covid-19 di wad pengasingan di beberapa institusi jagaan kesihatan Mac lalu, bagi mengurangkan tekanan emosi mereka dan membantu mereka kekal terhubung dengan berita terkini. Timbalan Ketua Pengedaran SPH, Encik Eric Ng, berkata: "Kami sangat gembira mendapat kesempatan untuk meluahkan penghargaan kami kepada pekerja barisan depan penjagaan kesihatan kami selama masa-masa sukar ini, membantu mereka terus termaklum dan terlibat melalui produk digital kami."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg