Premium
Kasih sayang ibu sentiasa dikenang
May 10, 2020 | 5:30 AM
REDA DENGAN SITUASI: Walaupun tidak dapat menyambut Hari Ibu bersama ibu yang tersayang tahun ini, Cik Siti Noraisah Ali (barisan belakang, dua dari kiri) berkata beliau menerima qada dan qadar atas pemergian ibunya Allahyarhamha Salha Mesbee (duduk tengah) . Foto diambil semasa sambutan Hari Raya pada Jun 2018. - Foto ihsan SITI NORAISAH ALI -
HARAPAN Cik Siti Noraisah Ali untuk membawa pulang ibunya, Cik Salha Mesbee, daripada hospital untuk meraikan Hari Ibu hari ini tidak kesampaian. Ini selepas doktor memberitahunya keadaan ibunya, yang merupakan pesakit Covid-19, bertambah teruk.
Cik Siti dan keluarga selalu mengambil kesempatan Hari Ibu untuk meraikan bersama ibunya itu, namun beliau dan keluarga terpaksa meraikannya hari ini tanpa ibu tersayang kerana Allahyarhamha, 58 tahun, meninggal dunia pada 30 April lalu akibat Covid-19.

