Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaum Melayu digesa perkaya arkib sejarah lisah

Nov 11, 2017 | 4:30 PM
DEKATI MASYARAKAT: Sebagai Tugu Negara dan institusi warisan masyarakat, TWM bermatlamat mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat tahun ini agar terus mampu menjadi tumpuan utama Kampong Glam. - Foto TAMAN WARISAN MELAYU
DEKATI MASYARAKAT: Sebagai Tugu Negara dan institusi warisan masyarakat, TWM bermatlamat mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat tahun ini agar terus mampu menjadi tumpuan utama Kampong Glam. - Foto TAMAN WARISAN MELAYU -

MASYARAKAT Melayu perlu tampil ke depan dan bekerjasama untuk meluaskan dan memperkayakan simpanan sejarah lisan mereka.

Ini memandangkan hanya kurang daripada 10 peratus daripada arkib simpanan negara adalah mengenai masyarakat Melayu setempat.

Gesaan itu dibuat oleh para penceramah dalam sesi kedua perbincangan Cerita Kita anjuran Jawatankuasa Sejarah Lisan Masyarakat Melayu dan Arkib Negara Singapura di Taman Warisan, semalam.

Jawatankuasa yang diketuai Dr Azhar Ibrahim, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS) itu ditubuhkan sekitar setahun lalu di bawah Arkib Negara, sebagai usaha membangunkan koleksi sejarah lisan yang menyeluruh dan relevan kepada masyarakat Singapura secara amnya.

Semasa ditemui, Dr Azhar menjelaskan sesi sedemikian bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat am tentang pentingnya peranan bersama dalam mengumpul sejarah secara lisan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg