Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kaum minoriti kekal majoriti pesalah dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaum minoriti kekal majoriti pesalah dadah

Shanmugam: Namun keseluruhan pesalah dadah ditangkap kini berkurangan berbanding tahun 1990-an
Feb 22, 2024 | 08:35 PM



Golongan minoriti masih membentuk kumpulan terbesar pesalah dadah, mencapai 67.7 peratus pesalah yang ditangkap pada 2022.

Pesalah Melayu membentuk 46.6 peratus, pesalah India membentuk 18.1 peratus, pesalah Cina membentuk 32.4 peratus sementara pesalah bangsa lain membentuk 3 peratus pesalah yang ditangkap pada 2022.

Namun, perwakilan berlebihan masyarakat minoriti ini bukan perkara baru, tetapi ia juga bukan suatu perkara yang baik.

Bagaimanapun, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata jumlah keseluruhan pesalah dadah yang ditangkap pada tahun-tahun kebelakangan ini sudah berkurangan berbanding pada tahun 1990-an.

“Jadi sama ada anda lihat pesalah daripada masyarakat Melayu, India atau Cina, jumlah keseluruhan penagih sudah turun dan ini adalah penting,” katanya.

Jumlah pesalah dadah yang ditangkap kini adalah kurang daripada 3,000 orang berbanding sekitar 6,000 orang pada 1990-an.

Beliau berkata, adalah sukar untuk mengenal pasti apa yang menyebabkan perwakilan berlebihan ini dalam kalangan pesalah dadah, namun memberi jaminan bahawa pihak berkuasa giat bekerjasama dengan badan masyarakat dan bantu diri untuk menangani masalah tersebut.


Beliau menambah bahawa saban tahun, masjid-masjid telah didekati dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk sama-sama menangani masalah salah guna dadah.

“Kami dapati agama membantu bagi mereka yang percaya terhadap agama, sama ada melalui gereja atau masjid atau lain-lain,” tambahnya.

Encik Shanmugam berkata demikian dalam menjawab soalan yang diajukan pada sesi dialog dengan Duta SG BebasDadah atatu DrugFreeSG Champions yang diadakan di Max Atria pada 22 Februari.


Sekitar 1,000 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir pada sesi dialog tersebut.

Duta-duta ini yang terbentuk antara lainnya daripada guru, kaunselor, ketua belia dan pekerja sosial bertanggungjawab menyebarkan mesej pendidikan pencegahan dadah kepada belia.

Encik Shanmugam dalam pada itu tidak menolak mendekati usaha pendidikan antidadah dengan cara yang lebih sesuai dengan penerimaan belia hari ini termasuk dengan pendekatan yang tidak pernah dicuba.

“Tidak guna kita ada mesej yang ingin disampaikan tetapi mereka tidak mahu mendengar,” jelasnya.

“Jadi kita harus sesuaikannya dengan wadah serta cara penyampaian yang sesuai dengan apa yang mereka faham. Kami perlu nasihat anda (duta) tentang perkara ini,” kata beliau sambil menambah bahawa kerjasama dan idea orang ramai dialu-alukan.

Terdapat juga soalan mengenai tekanan antarabangsa dan respons Singapura terhadapnya. Ini terutamanya kerana lebih banyak negara dilihat sebagai mempunyai pendirian semakin liberal terhadap dadah.

Banyak pemerintah negara lain sering berdolak-dalik dalam undang-undang dadah mereka tetapi “Singapura, situasinya jelas bagi kami”.

“Pemerintah tegas dan jelas, kami katakan inilah perkara yang betul yang mesti dilakukan,” tekan Encik Shanmugam.

Menyentuh tekanan daripada media antarabangsa pula, beliau berkata pemerintah Singapura tidak terlalu mengendahkannya.

“Kami lakukan apa yang betul, sekalipun jika mereka tidak setuju dengan kita,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >