Topik diikuti
Pergi ke BHkuKaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora
Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing
Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora
Kadar pasangan Muslim yang bercerai dalam lima tahun pertama perkahwinan berkurang di kalangan mereka yang mendirikan rumah tangga pada 2008 berbanding pasangan yang berkahwin pada 2003. Antara sebab yang dikatakan mendorong penurunan itu adalah inisiatif yang diusahakan masyarakat sendiri, termasuk Program Kaunseling Perkahwinan (MCP) yang diwajibkan bagi pasangan di ambang perceraian dan mereka yang membuat aduan di Mahkamah Syariah. Berita Minggu mengupas keberkesanan program tersebut serta lain-lain sebab yang berjaya menyelamatkan mahligai pasangan Islam.
MENURUT para kaunselor perkahwinan, sering kali apabila mahligai dilanda ombak, ramai pasangan yang lebih suka memencilkan diri.