Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawalan keselamatan dipertingkat sekitar Padang semasa NDP

Aug 3, 2024 | 6:35 PM
Polis berkata mereka meminta kerjasama orang ramai untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pegawai mereka untuk NDP.
Polis berkata mereka meminta kerjasama orang ramai untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pegawai mereka untuk NDP. - Foto ST

Langkah keselamatan ketat akan dilaksanakan di sekitar Padang pada 9 Ogos, memandangkan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) telah diisytiharkan sebagai acara khas dengan keselamatan yang dipertingkatkan.

Langkah-langkah di kawasan itu, yang telah ditandakan sebagai zon acara khas, akan termasuk pemeriksaan ke atas individu, untuk memastikan barangan larangan tidak memasuki zon itu, kata polis pada 2 Ogos.

Chinatown dan Bras Basah adalah antara kawasan yang akan dikenakan langkah keselamatan.

Pemeriksaan keselamatan yang dipertingkatkan, juga akan dikuatkuasakan di zon khas yang ditandakan dalam kawasan acara, termasuk berhampiran City Hall dan Promenade.

Polis akan menjalankan pemeriksaan dan menyaring semua individu dan kenderaan yang memasuki zon khas.

Pegawai juga akan mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan ke, atau mengarahkan individu beredar dari zon khas jika perlu, kata polis.

Semua langkah akan dilaksanakan dari tengah malam hingga 11.59 malam pada 9 Ogos.

Barangan seperti dron dan alat pembesar suara akan diharamkan di kawasan itu.

Dalam senarai objek yang dilarang pula termasuk apa sahaja yang mengandungi rujukan yang bertujuan untuk menghebahkan sesuatu perkara atau “menunjukkan sokongan atau penentangan terhadap pandangan atau tindakan” kumpulan lain.

Ini termasuk sepanduk, bendera dan payung, kata polis.

Mereka yang didapati memiliki barang terlarang, boleh ditangkap dan jika sabit kesalahan, didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan, atau kededuanya sekali.

Barangan itu juga akan dirampas.

Polis menambah bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk menerbangkan pesawat tanpa pemandu di luar kawasan acara khas dengan cara yang mengganggu, melambatkan atau menghalang perjalanan perarakan.

Sesiapa yang berbuat demikian boleh ditangkap. Jika didapati bersalah, boleh didenda sehingga $20,000 atau penjara sehingga 12 bulan, atau kededuanya sekali.

Memandangkan Sudut Speaker di Hong Lim Park berada di dalam kawasan acara khas, pengecualian yang diberikan bagi perhimpunan awam atau perarakan awam di sana, akan dibatalkan buat sementara waktu, melainkan kebenaran polis diperolehi.

Pengecualian untuk penyediaan hiburan awam di sana juga akan dibatalkan buat sementara waktu.

Polis berkata mereka meminta kerjasama orang ramai untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pegawai mereka untuk NDP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg