Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawalan lebih ketat masuki Joo Chiat Complex

May 3, 2021 | 5:30 AM
BERATUR BELI PERSIAPAN RAYA: Barisan panjang dilihat membentuk di pintu masuk Joo Chiat Complex sekitar 12.30 petang semalam. Ini berikutan langkah Covid-19 yang diperketat baru-baru ini untuk mengehad bilangan pengunjung di pusat beli-belah dan kedai besar. - Foto BM oleh LIM YAOHUI
BERATUR BELI PERSIAPAN RAYA: Barisan panjang dilihat membentuk di pintu masuk Joo Chiat Complex sekitar 12.30 petang semalam. Ini berikutan langkah Covid-19 yang diperketat baru-baru ini untuk mengehad bilangan pengunjung di pusat beli-belah dan kedai besar. - Foto BM oleh LIM YAOHUI -

PENGUNJUNG ke Joo Chiat Complex pada hujung minggu lalu mendapati mereka perlu menunggu lama sedikit sebelum dibenarkan masuk ke pusat beli-belah di Geylang Serai itu.

Ini berikutan peraturan Covid-19 yang baru-baru ini diperketat untuk membendung penularan koronavirus di negara ini.

Sejak kelmarin hingga 14 Mei, pusat beli-belah dan kedai besar harus mengawal had bilangan pengunjung, dengan hanya seorang dibenarkan berada dalam ruang 10 meter persegi berbanding satu orang bagi setiap lapan meter persegi sebelum ini.

Ketika kunjungan wartawan ke Joo Chiat Complex sekitar jam 12.30 petang semalam, barisan panjang dilihat membentuk di pintu masuknya.

Satu notis juga dilihat diletakkan di depan pintu masuk pusat beli-belah itu untuk mengingatkan pengunjung.

Notis itu menulis:

"Disebabkan langkah terkini Covid-19, kami mengehadkan jumlah keseluruhan pengunjung yang masuk ke dalam pusat beli-belah, sehingga notis selanjutnya. Kami meminta persefahaman anda."

Salah seorang pengunjung yang ditemui semalam sedang beratur untuk masuk ke Joo Chiat Complex ialah Cik Izyan Hazwani, 36 tahun.

Guru penjagaan kanak-kanak sambilan itu berkata beliau dan keluarganya telah beratur selama lima minit.

"Saya tidak sangka barisan beratur akan menjadi panjang sebegini tetapi saya terima sajalah. Kita tetap harus patuh langkah selamat," kongsi Cik Izyan, yang di sana untuk membeli barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg