Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawasan larangan sementara ditubuh bagi aktiviti udara berkaitan NDP

Jun 18, 2020 | 6:58 PM
Kawasan larangan sementara diwarnakan ungu. - Foto CAAS
Kawasan larangan sementara diwarnakan ungu. - Foto CAAS -

PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS), akan menubuhkan Kawasan Larangan sementara di sekitar Singapura pada beberapa hari dalam Jun, Julai dan Ogos 2020.

Penubuhan kawasan larangan itu ialah bagi memastikan keselamatan awam dan kapal terbang yang akan membuat penerbangan pada ketinggian rendah bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (18 Jun), CAAS berkata akan terdapat peningkatan dalam aktiviti penerbangan dan bunyi yang kuat hasil daripada hal tersebut di beberapa kawasan dalam negara pada beberapa hari yang ditetapkan.

Orang ramai dinasihati tidak usah merasa cemas.

Hari-hari yang dimaksudkan ialah 25 Jun; 4, 11, 18 dan 25 Julai; 1, 9 dan 10 Ogos 2020, dari 8.55 pagi hingga 11.30 pagi.

Kawasan larangan termasuk Padang dan beberapa kawasan perumahan, dan menjangkau hingga 3,000 kaki atas permukaan laut.

Ketika masa dan tarikh yang ditetapkan itu, semua aktiviti udara termasuk bermain layang-layang, melepaskan belon dan mengendali pesawat tanpa pemandu termasuk dron ke dan dalam Kawasan Larangan sementara itu, kecuali yang dibenarkan CAAS, dilarang sama sekali.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang Perintah Navigasi Udara (ANO) boleh didenda sehingga $20,000 bagi kesalahan pertama.

Bagi pesalah ulang, mereka boleh didenda sehingga $40,000, dipenjara sehingga 15 bulan, atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg