Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kawasan Sungei Simpang Kanan di Sembawang diberi wajah baru

Feb 23, 2020 | 1:17 PM
WAJAH BARU: Orang ramai berjalan di kawasan Sungei Simpang Kanan di Canberra, Sembawang, yang diberi wajah baru.
WAJAH BARU: Orang ramai berjalan di kawasan Sungei Simpang Kanan di Canberra, Sembawang, yang diberi wajah baru. - Foto NG SOR LUAN

TAMAN hujan, laluan pejalan kaki yang baru serta beraneka bunga dan tanaman kini menghiasi kawasan di sekitar longkang Sungei Simpang Kanan di Canberra, Sembawang.

Ini hasil kerja peningkatan yang dijalankan oleh agensi air negara PUB, yang siap baru-baru ini dan rasmi dilancarkan hari ini (23 Feb).

Dinamakan ABC Waters @ Sungei Simpang Kanan, projek itu mengambil masa hampir dua tahun untuk siap.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung yang hadir di acara tersebut bersama Anggota Parlimen GRC Sembawang yang lain termasuk Encik Khaw Boon Wan, Encik Amrin Amin, Encik Vikram Nair dan Encik Lim Wee Kiak, berkata East Canberra, sebuah estet perumahan baru, telah banyak berkembang sejak beberapa tahun lalu.

Malah, kawasan itu juga kini mempunyai stesen MRT Canberra yang mula beroperasi November lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg