Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaya yang diperbuat di Malaysia ditarik balik

May 5, 2018 | 2:09 PM
DITARIK BALIK: Orang ramai yang telah membeli produk yang terjejas dinasihati agar tidak memakannya.
DITARIK BALIK: Orang ramai yang telah membeli produk yang terjejas dinasihati agar tidak memakannya. - Foto AVA

PENGUASA Agromakanan dan Veterinar (AVA) telah menerima maklum balas tentang bahan asing yang ditemui dalam produk kaya berjenama 'Frezfrut Natural Goodness Kaya'.

Menerusi kenyataan mereka hari ini (5 Mei), AVA berkata mereka telah bekerjasam dengan pengimport produk itu untuk menyiasat hal tersebut.

Hasilnya, mereka mendapati bahawa botol kaya itu mungkin tercemar dengan najis haiwan semasa proses pembuatan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengimport produk itu telah menarik balik satu kumpulan produk yang tertentu secara sukarela.

Produk yang terjejas itu adalah produk 'Frezfrut Natural Goodness Kaya' dengan tarikh luput 5 Februari 2020 dan seberat 220 gram.

AVA turut menasihati orang ramai yang telah membeli produk yang terjejas itu agar tidak memakannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg