Topic followed successfully
Go to BHkuKayu jati matang terbaik dijadikan perabot
Kayu jati matang terbaik dijadikan perabot
Kayu jati matang terbaik dijadikan perabot

SATU perkara yang perlu diingati pembeli, khususnya untuk pembelian barangan perabot kayu seperti kerusi, meja, katil dan almari, ialah tidak semua kayu ini dicipta sama ketebalan dan kekuatannya.
Jika tidak hati-hati, anda akan 'terbeli' perabot yang kurang memuaskan, kerana mereka tidak mahir dengan ciri-ciri pelbagai kayu, dan jenis kayu yang digunakan untuk pembuatan perabot ini.
Demikian pendapat Pengarah Home Wellness Furniture, Cik Marie Quek.
Beliau berkata, walaupun kayu premium seperti kayu jati mungkin lebih mahal sedikit, ini merupakan pelaburan yang berbaloi kerana ketahanan kayu itu sendiri. Ini bermakna, perabot dari kayu jati lebih tahan lama dan pembeli tidak perlu menukar kepada perabot baru setiap beberapa tahun.
Kayu jati mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya, ia mempunyai ketahanan dan kepadatan yang sangat utuh, walaupun terdedah kepada suhu dan kelembapan tinggi.
Malah, mutu kayu jati ini juga sangat baik, ia kilat dan kelihatan 'bersinar'. Ia juga merupakan kayu antiserangga semula jadi.
Kayu jati ini dihasilkan di kebanyakan kawasan di Asia Tenggara, terutama di Indonesia, Myanmar, Filipina dan India. Kayu jati dari Indonesia terkenal dengan kualiti tinggi.
Menurut Cik Quek, firma Home Wellness Furniture telah ditubuhkan sejak 1976, dan amat menitikberatkan mutu serta mengutamakan citarasa dan keperluan pembeli.
Firma ini juga hanya menggunakan kayu jati dari Indonesia untuk perabot yang dihasilkannya.
Kayu jati ini berusia di antara 40 dengan 50 tahun, dan ini adalah umur yang ideal dan waktu terbaik untuk pembuatan perabot.
Firma ini menawarkan sofa kayu jati set (2+1+1) termasuk meja de-ngan harga $1,780. Manakala sofa jati bak katil (daybed) termasuk kusyen dijual pada harga $1,199. Sofa berbentuk L dengan reka bentuk modular pula berharga $2,580. Satu lagi promosi hebat adalah potongan harga 50 peratus bagi sarung sofa tambahan, dan berharga hanya $299.
Home Wellness Furniture juga menawarkan perkhidmatan penyesuaian untuk perabot jati, di mana pembeli boleh menempah sendiri reka bentuk yang diinginkan. Pembeli boleh memilih warna idaman seperti coklat asli, walnut, ataupun warna kayu cendana merah.
Atas komitmen terhadap mutu yang diberikan kepada para pelanggan, Home Wellness Furniture telah meraih pelbagai anugerah.
Antaranya ialah Singapore Excellence Award 2013, Singapore Quality Brands Award 2014, SME of the Year 2015 serta Business Trust Award 2019.
INFO
Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 6842-0341, atau lungsuri laman www.homewellnessfurniture.com
Home Wellness Furniture terletak di Blok 2, Joo Chiat Complex, 03-1111, Singapura 420002.

