Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kayuh dari masjid ke masjid, tingkat kesedaran kesan barah awal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kayuh dari masjid ke masjid, tingkat kesedaran kesan barah awal

Dec 17, 2023 | 04:36 PM



Sebagai seorang yang pernah kehilangan orang yang tersayang disebabkan penyakit barah, Cik Rosnani Jamil tahu betapa pentingnya mendapat sokongan dari orang sekeliling. 

Beliau merasakan sokongan dan dorongan yang diberikan kepada dirinya daripada ahli keluarga serta rakan terdekat telah membantu beliau mengharungi kehidupan selepas pemergian suaminya sekitar setahun lalu.

Justeru itu, Cik Rosnani, 43 tahun, gembira apabila mendapat tahu terdapat usaha masyarakat seperti acara mengumpul dana Ride for A Cause yang membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit barah, terutamanya dalam aspek saringan awal barah.


“Apabila kami sekeluarga mendapat tahu bahawa arwah suami saya menghidap penyakit barah usus, penyakit itu sudah pun berada pada tahap tiga. Berita ini memang tidak diduga dan mengejutkan kerana apabila kami mendapat berita ini, ia sudah agak lewat.

“Jadi acara seperti ini bagi saya amat bermakna kerana ia dapat membantu menyebarkan kesedaran tentang penyakit barah. Dan melihat ramai yang mengambil bahagian membuat saya rasa terharu sekali,” ujar Cik Rosnani yang mempunyai seorang anak berusia 14 tahun.  

Cik Rosnani antara seramai 250 orang mengambil bahagian dalam acara Ride for A Cause yang julung kali dianjurkan oleh sekumpulan sukarelawan yang juga merupakan penggemar sukan berbasikal dari beberapa masjid Kelompok Masjid Barat pada 17 Disember.


Sekitar $10,000 berjaya dikumpulkan bagi membantu pesakit barah yang memerlukan serta keluarga mereka. Dana yang dikumpul itu disalurkan kepada Persatuan Ain. 

Acara yang turut dijayakan bersama oleh syarikat TravelConnect.sg, menyaksikan peserta berusia 12 hingga 78 tahun mengayuh basikal sejauh 10 kilometer, bermula dari Masjid Assyakirin di Taman Jurong dan berakhir di Masjid Al-Firdaus di Choa Chu Kang. 

Sepanjang perjalanan, peserta juga mengunjungi Masjid Maarof di Jurong West dan Masjid Pusara Aman bagi melengkapkan kuiz dan cabaran Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS). 

Selain peserta yang mengambil bahagian secara fizikal, terdapat juga sekumpulan peserta yang mengambil bahagian secara maya, namun mereka perlu melengkapkan perjalanan sepanjang 30 km.

Salah seorang anggota jawatankuasa penganjur acara itu, Encik Abdol Rais Ahmad berkata beliau amat berbesar hati dengan sokongan besar yang diterima daripada setiap peserta, meskipun ia merupakan kali pertama mereka menganjurkan acara pengumpulan dana seperti ini.

“Alhamdulillah, kami tidak sangkakan ramai yang akan turun dan mengambil bahagian dalam acara ini, kami juga terima beberapa peserta saat akhir. Ini menunjukkan bahawa masyarakat kita juga amat prihatin tentang penyakit barah dan mahu menunjukkan sokongan mereka terhadap menyebarkan kesedaran terhadap penyakit ini,” kata beliau yang juga merupakan seorang sukarela bersama Masjid Maarof.


Mengulas, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, pula berkata: 

“Jawatankuasa penganjur mengadakan acara kesedaran tentang penyakit barah ini untuk membangkitkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam kita bahawa barah boleh dirawat jika dikesan awal dan mereka juga menggesa masyarakat untuk menjalani saringan awal dan secara kerap. Selain itu, acara itu membantu mengumpul dana yang sangat diperlukan Persatuan Ain bagi menyokong program dan perkhidmatan kami dan penerima barah kami yang memerlukan.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >