Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ke arah jadikan Tampines bandar eko: Kurangi sisa makanan, hasilkan sayur-sayuran mampan

Dec 6, 2020 | 5:30 AM
BANDAR EKO: Turut menghadiri pelancaran 'Kemampanan @ Taman Tampines' semalam adalah (dari kiri) Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon serta Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Cik Cheng Li Hui. - Foto MAJLIS BANDARAN TAMPINES
BANDAR EKO: Turut menghadiri pelancaran 'Kemampanan @ Taman Tampines' semalam adalah (dari kiri) Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon serta Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Cik Cheng Li Hui. - Foto MAJLIS BANDARAN TAMPINES -

SEBAGAI sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Tampines sebuah bandar eko, satu inisiatif telah dilancarkan semalam untuk mengurangkan sisa makanan dan mempromosikan pengeluaran makanan yang mampan.

Dinamakan 'Kemampanan@Taman Tampines', ia merangkumi ladang sayur vertikal di sepanjang dinding dari Blok 146 Tampines Avenue 5, di mana sayuran seperti nai bai, salada dan bayam ditanam.

Dalam hanya tiga hingga empat mingu, sayur-sayuran tersebut dapat dituai dengan tangan dan akan diberikan kepada penduduk sebagai ganti sisa makanan mereka.

Sisa makanan tersebut akan di berikan kepada larva lalat askar hitam (black soldier fly larvae- BSF), yang akan mengubah sisa itu kepada baja.

Baja itu kemudian dapat digunakan di ladang sayur vertikal, sementara kepompong lalat dapat dijadikan makanan untuk ikan tilapia yang diternak di kolam Taman Tampines.

Majlis Bandaran Tampines berkata mereka mempunyai rancangan untuk menjalankan percubaan menggunakan lengan robot menuai sayur dan mengalihkannya kepada loker di mana penduduk dapat mengumpulkan hasilnya.

Selain itu, Majlis Bandaran Tampines juga sedang mengkaji kegunaan lampu LED bijak yang akan menyala apabila pergerakan dikesan di sekitar kawasan itu dan akan redup sebaliknya. Dengan ini, ia boleh menyebabkan penjimatan tenaga sebanyak 80 peratus.

Cik Cheng Li Hui, Pengerusi Majlis Bandaran Tampines berkata:

"Ketika mengembangkan Tampines untuk menjadi bandar eko terus menjadi keutamaan, bandar ini telah melihat lebih banyak proses yang berpusatkan orang yang melibatkan penduduk kita dan pihak berkepentingan yang berbeza.

"Dengan sumbangan semua orang, projek ini dapat berjaya mengurangkan sisa makanan sambil memperkuatkan daya tahan makanan masyarakat," katanya, merujuk pada inisiatif terbaru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg