Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ke arah lebih hijau: Arca kitar semula dari sisa

Aug 2, 2022 | 5:30 AM
MENCIPTA BANDAR LEBIH MAMPAN: (Dari kiri),Tuan Yang Terutama (His Excellency) Mario Duarte Duta Republik Portugal; Encik Nicholas Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Ho Bee Land; Encik Artur Bordalo, artis; Encik Teo Chee Hean; Encik Edmund Koh, Presiden UBS Asia Pasifik; dan Encik Niam Chiang Meng Pengerusi Gardens by the Bay yang menghadiri kempen 'Trash-sure' di Gardens by the Bay. - Foto UBS
MENCIPTA BANDAR LEBIH MAMPAN: (Dari kiri),Tuan Yang Terutama (His Excellency) Mario Duarte Duta Republik Portugal; Encik Nicholas Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Ho Bee Land; Encik Artur Bordalo, artis; Encik Teo Chee Hean; Encik Edmund Koh, Presiden UBS Asia Pasifik; dan Encik Niam Chiang Meng Pengerusi Gardens by the Bay yang menghadiri kempen 'Trash-sure' di Gardens by the Bay. - Foto UBS -

SEBUAH kempen di seluruh negara telah dilancarkan bagi menggunakan seni untuk menceritakan kepentingan kemampanan.

Kempen bertajuk 'Trash-sure' itu dilancarkan oleh Menteri Kanan Singapura, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara.

Bagi pelancaran itu, satu arca seni kitar semula terbesar di Asia diperkenalkan oleh artis terkenal di seluruh dunia Bordalo II, semalam.

Arca 10x7 meter berbentuk 'Harimau Sumatera' yang hampir pupus dibuat sepenuhnya daripada sampah yang dikumpul di Singapura. Ia dipamerkan di Gardens By The Bay.

Sampah itu dikumpulkan oleh Kumpulan Adplanet, pekerja bank UBS dan firma binaan Ho Bee Land.

Sampah-sampah yang dikitar semula termasuk plastik, bumbung, tayar, troli, mainan dan bahagian taman permainan kanak-kanak.

Kempen itu sejajar dengan Pelan Hijau Singapura 2030, yang menyokong transformasi Singapura menjadi bandar yang lebih hijau.

"Justeru di Singapura, kami telah memastikan bahawa pembuangan sampah dikenakan denda, dan pada masa yang sama, pembuangan sisa yang menyalahi undang-undang tidak digalakkan, dan penguatkuasaan juga ada. Kika tidak, orang akan membuang apa sahaja cara yang mereka mahu. Kedua-duanya harus berjalan seiring," kata Encik Teo.

Beliau menambah Singapura telah mencapai beberapa kemajuan dalam pengurangan dan langkah mengitar semula sisa. Tetapi, negara ini perlu pergi lebih jauh untuk menjadi sebuah bandar yang lebih mampan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg