Topik diikuti
Pergi ke BHkuKe Timur Tengah timba ilmu sekular

PELAJAR WARGA SINGAPURA DI ARAB SAUDI: (Dari kiri) Encik Muhamad Firdaus Hamzah; zamil poskedoktoran, Dr Azhar Ismail; pelajar Sarjana, Encik Karan Sabnani; dan pelajar Doktor Falsafah (PhD), Cik Roslinda Mohamed. Mereka semua menuntut di Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah (Kaust) di Thuwal, Arab Saudi. - Foto ihsan MUHAMAD FIRDAUS HAMZAH
Nov 1, 2015 | 5:30 AM
Ke Timur Tengah timba ilmu sekular
Pengajian di Timur Tengah biasanya dikaitkan dengan pengajian keagamaan. Namun, ada juga pelajar yang kini mendalami subjek sekular seperti sains dan kejuruteraan di institusi di rantau itu khususnya di negara-negara Teluk. BERITA MINGGU mewawancara beberapa warga Singapura yang kini mendalami dan membuat penyelidikan di Arab Saudi dan Qatar. Laporan oleh NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
TERDAPAT sebilangan kecil tetapi semakin ramai warga Singapura yang belajar atau menjalankan kajian dalam bidang sekular atau bukan keagamaan di Timur Tengah, lantas memperlihatkan pilihan pendidikan yang kian meluas bagi anak muda.