DENGAN kes Covid-19 di Singapura terus menunjukkan trend peningkatan sejak beberapa minggu lalu, keutamaan pemerintah adalah untuk mengawal pandemik Covid-19 dalam negara dan memastikan kemudahan penjagaan kesihatan tidak terlalu dibebankan, kata Menteri Ehwal Luar, Vivian Balakrishnan.
Beliau berkata demikian, sedang isu melonggarkan sekatan pergerakan dengan Asean sedang rancak dibincangkan, jelasnya di luar acara Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat, kelmarin.
"Sebagai permulaan, kita harus menguruskan usaha mengenal pasti sijil kesihatan, sijil vaksin, dari sudut memastikan sistem digital kita, keupayaan kita untuk mengesahkan rekod dilaksanakan," ujar Dr Balakrishnan.
Langkah kedua, menurut beliau, ialah memutuskan bila dan bagaimana melonggarkan dan membenarkan pergerakan.
"Ini lebih sukar, kerana bagi Singapura, keputusan untuk buka atau ketatkan pergerakan, amat bergantung kepada keadaan domestik pada masa itu," jelas Dr Balakrishnan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg