KEADAAN hidup pekerja asing dalam dormitori kini bertambah baik, dengan jumlah pesalah yang melanggar peraturan perumahan bagi pekerja asing semakin berkurangan sepanjang tiga tahun lalu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

MOM berkata, sebanyak 1,176 kes pesalah melanggar peraturan perumahan bagi pekerja asing dicatatkan tahun lalu, berbanding 1,316 kes pada 2016 dan 1,451 kes pada 2015.