Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keat Hong bermandi cahaya warna-warni Ramadan

Apr 19, 2022 | 5:30 AM
BERAMAH MESRA: Encik Zhulkarnain (tengah) bergambar bersama penduduk Keat Hong dengan berlatarbelakangkan warna-warni lampu Hari Raya.
BERAMAH MESRA: Encik Zhulkarnain (tengah) bergambar bersama penduduk Keat Hong dengan berlatarbelakangkan warna-warni lampu Hari Raya. -

SAMBUTAN Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelma lebih semarak dan ceria buat penduduk Keat Hong, dengan kawasan itu kini bermandikan cahaya berwarna-warni.

Ini menyusuli pelancaran penyalaan lampu Hari Raya di Blok 457 Choa Chu Kang Avenue 4 kelmarin. Acara penyalaan itu dihadiri Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Beliau berkata acara penyalaan lampu Hari Raya itu adalah pengembangan daripada penyalaan lampu perayaan seluruh kawasan undi itu yang pertama pada Disember tahun lalu.

"Oleh sebab Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) dan Rangkaian Penduduk Zon 4 Keat Hong telah menerima maklum balas positif tentang penyalaan lampu itu, mereka memutuskan mengadakannya juga untuk Hari Raya tahun ini," katanya.

Sebagai sebahagian sambutan Ramadan, pelbagai program diadakan buat penduduk Keat Hong sepanjang bulan ini, termasuk majlis buka puasa dan pengagihan bubur.

Sabtu lalu, Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan CCMC Keat Hong menganjurkan acara Buka Puasa @ Keat Hong - satu usaha daripada masyarakat untuk pekerja penyenggaraan majlis bandaran dan penerima bantuan kebajikan.

Acara iu turut dihadiri Encik Zhulkarnain. Ia acara buka puasa secara fizikal pertama sejak penularan pandemik Covid-19.

Encik Zhulkarnain berkata acara di Kelab Masyarakat Keat Hong itu ialah antara tambahan kepada inisiatif Ramadan tahun ini menyusuli pelonggaran langkah pengurusan selamat.

"Pasukan saya rasa adalah penting mengadakan acara buka puasa fizikal kami yang pertama untuk memperbaharui interaksi fizikal bersama penduduk dan juga bagi memberi penghargaan kepada pekerja penyenggaraan kami yang bekerja keras semasa pandemik ini," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg