Kebakaran berlaku di sebuah kedai kopi di 122 Neil Road pada petang Sabtu (4 Ogos).

Ia telah dapat dipadamkan.

Pemandu Grab, Encik William Lim, 60 tahun, memberitahu The Straits Times bahawa beliau sedang menggunakan bilik mandi di kedai kopi itu sekitar 12 tengah hari apabila beliau mendengar bunyi kuat.

"Saya cepat keluar dan lari. Saya rasa ia mungkin letupan silinder gas," katanya.

Encik Lim berkata beliau melihat anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian semasa beredar dari situ sekitar 12.15 tengah hari.

SCDF memberitahu The Straits Times bahawa api berjaya dipadamkan pad 12.30 tengah hari.