Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran di lobi lif flat di Yishun

Jul 30, 2018 | 5:23 PM
DIJILAT API: SCDF berkata kebakaran itu antara lain melibatkan dua basikal.
DIJILAT API: SCDF berkata kebakaran itu antara lain melibatkan dua basikal. - Foto LIANHE WANBAO

LOBI lif sebuah flat di Yishun dijilat api kelmarin (28 Julai).

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), mereka memberi respons kepada kebakaran di Blok 338 Yishun Ring Road itu sekitar 11.15 malam.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Kebakaran itu berlaku di lobi lif tingkat 12 blok tersebut.

SCDF berkata kebakaran itu melibatkan dua basikal dan beberapa barang lain.

Punca kebakaran itu sedang disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg