SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kebakaran di McDonald's Tampines East CC

Kebakaran di McDonald's Tampines East CC

Apr 12, 2021 | 11:57 PM

Kebakaran di McDonald's Tampines East CC

Orang ramai termasuk kakitangan McDonald's berkumpul di luar cawangan restoran tersebut di Tampines St 23 dek kebakaran yang berlaku di sana pada sekitar 9.50 malam, 12 April. - Tangkap layar video
Orang ramai termasuk kakitangan McDonald's berkumpul di luar cawangan restoran tersebut di Tampines St 23 dek kebakaran yang berlaku di sana pada sekitar 9.50 malam, 12 April. - Tangkap layar video -

SATU insiden kebakaran berlaku di restoran makanan segera McDonald's di cawangannya di Kelab Masyarakat Tampines East malam tadi (12 April).

Dalam satu video yang dilihat Berita Harian, orang ramai, termasuk kakitangan restoran tersebut berada di tempat letak kereta terbuka di luar restoran itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya diberitahu tentang satu kebakaran di No. 10 Tampines St 23 pada sekitar 9.50 malam.

"Kebakaran itu melibatkan kandungan di dalam dapur.

"SCDF telah memadamkan api dengan jet air," kata SCDF.

Ia menambah bahawa sekitar 20 orang telah berpindah dari tempat kejadian sebelum ketibaan pegawai bombanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat, tambah SCDF.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg