Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran dinihari di terowong MRT antara stesen Orchard, Somerset: 2 pekerja dihantar ke hospital

Oct 16, 2020 | 6:30 PM
LOKOMOTIF KEJURUTERAAN TERBAKAR: Inilah gambaran lokomotif kejuruteraan bagi mengangkut peralatan berat buat kerja penyenggaraan selepas waktu malam. - Foto SMRT
LOKOMOTIF KEJURUTERAAN TERBAKAR: Inilah gambaran lokomotif kejuruteraan bagi mengangkut peralatan berat buat kerja penyenggaraan selepas waktu malam. - Foto SMRT -

HANYA sehari selepas gangguan besar menjejas khidmat MRT Laluan Utara-Selatan, Laluan Timur-Barat dan Laluan Circle, kebakaran pula melanda terowong kereta api antara stesen Orchard dan Somerset pada dinihari Jumaat (16 Oktober).

Kejadian itu berlaku setelah lokomotif kejuruteraan yang digunakan untuk mengangkut peralatan berat bagi kerja penyenggaraan selepas waktu malam terbakar sejurus setelah waktu operasi kereta api tamat.

Menurut satu sumber yang dihubungi akhbar The Straits Times, asap tebal mula mengisi ruang terowong.

"Pekerja pula berlari bertempiaran bagi menyelamatkan nyawa mereka," jelas sumber itu lagi.

Dua pekerja di tapak kejadian dihantar ke hospital kerana terhidu asap. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pula mengesahkan ia menerima panggilan sekitar 12.45 tengah malam pada Jumaat (16 Oktober) mengenai kebakaran di stesen MRT Somerset.

"Kebakaran ini menjejas bahagian enjin sebuah kereta api lokomotif.

"Kakitangan SMRT telah memadamkan api dengan menggunakan empat alat pemadam api sebelum tibanya SCDF.

"Dua individu juga telah digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap. Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan," jelas jurucakap SCDF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg