Topik diikuti
Pergi ke BHkuKebakaran libatkan basikal elektrik di Geylang
Kebakaran libatkan basikal elektrik di Geylang
Kebakaran libatkan basikal elektrik di Geylang
KEBAKARAN: Basikal elektrik ini dipercayai berada dalam sebuah bilik di tingkat bawah sebuah rumah kedai di Geylang apabila kebakaran itu berlaku. - Foto DAVID SUN
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 4, 2018 | 12:34 PM
SEORANG bayi dikejarkan ke hospital semalam (3 Oktober) menyusuli satu kebakaran yang melibatkan sebuah basikal elektrik di tingkat bawah sebuah rumah kedai dua tingkat di Geylang.
Menurut akhbar The New Paper, jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka hadir memberi respons kepada kejadian di 527 Geylang Road itu pada 7.20 pagi.
Difahamkan, bayi yang berada di tingkat atas rumah kedai itu semasa kejadian tersebut berlaku terhidu asap.