Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebanyakan bayi yang minum formula terjejas di KKH dan NUH dalam keadaan baik

Aug 23, 2018 | 3:01 PM
MUNGKIN MENGANDUNGI BAKTERIA: MOH mendedahkan bahawa susu formula Dumex yang terjejas itu digunakan di KKH dan NUH antara 1 dengan 20 Ogos.
MUNGKIN MENGANDUNGI BAKTERIA: MOH mendedahkan bahawa susu formula Dumex yang terjejas itu digunakan di KKH dan NUH antara 1 dengan 20 Ogos. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SERAMAI 11 daripada 13 bayi yang minum susu formula Dumex yang mungkin mengandungi bakteria dan ditarik balik oleh pihak berkuasa baru-baru ini kini berada dalam keadaan sihat, kata jurucakap Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) hari ini (23 Ogos).

Pihak hospital masih cuba menghubungi ibu bapa atau penjaga baki dua bayi.

Penjaga seorang lagi bayi yang mungkin minum susu formula Dumex Mamil Gold Infant Milk Formula - Stage 1 (850 gram) yang ditarik balik oleh Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) itu di Hospital Universiti Nasional (NUH) pula telah dinasihatkan untuk memantau keadaan anak itu dan mendapatkan rawatan sekiranya simptom tertentu muncul.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata kelmarin bahawa formula susu yang terjejas itu telah digunakan di kedua-dua KKH dan NUH antara 1 dengan 20 Ogos lalu.

Mereka telah menghubungi ibu bapa dan penjaga yang mungkin telah menerima formula susu berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg