Kebebasan akan tersekat jika negara kecil tidak urus hubungan luar dengan hati-hati
Premium
Kebebasan akan tersekat jika negara kecil tidak urus hubungan luar dengan hati-hati
PM Lee: Negara-negara kecil harus kerjasama untuk memajukan kepentingan bersama dan memperkuat pengaruh mereka di mata dunia
Sep 27, 2019 | 5:30 AM
SUARA KECIL: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berucap di Majlis Jamuan Negara-Negara Kecil di Misi Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, kelmarin. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
JIKA negara-negara kecil tidak mengurus hubungan luar mereka dengan berhati-hati, kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri akan tersekat walaupun mereka berdaulat atau merdeka dari segi nama, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Hakikat asas seperti itu bermakna negara-negara kecil harus bekerjasama untuk memajukan kepentingan bersama dan memperkuat pengaruh mereka di mata dunia, kata Encik Lee.

