
SEORANG anggota masyarakat, An Qi, mendapati banyak lubang tikus di padang sekitar Singapura.
Beliau berasa masalah ini mungkin berpunca daripada sisa makanan dan sampah yang ditinggalkan oleh mereka yang berkelah dan boleh dicegah sekiranya orang ramai membuang sisa mereka dengan sempurna.
Seorang lagi anggota masyarakat, Chen Qiuxia, yang mengutip sampah hampir setiap hari di kejiranannya, mengadu bahawa masalah sampah di kawasannya semakin teruk, dan mendakwa bahawa beliau boleh mengisi tiga hingga lima beg sampah dalam tempoh sejam.
"Penduduk kami sentiasa berkhidmat aktif secara sukarela bagi perkara seperti pengagihan beras atau menjaga warga senja, tapi hanya beberapa orang yang rela mengutip sampah memandangkan ia dianggap kotor," kata Cik Chen.
Pada 18 Mac, Lianhe Zaobao dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengadakan satu sesi dialog berjudul "Bukan hal saya? Bekerjasama demi kebersihan awam Singapura." Acara ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada latihan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), satu usaha serata negara untuk menyatukan orang ramai bersama untuk memperbaharui kompak sosial Singapura.
Para panelis termasuk Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng, anggota Majlis Kebersihan Awam, Dr Foo Suan Fong, Ketua Pegawai Operasi LS 2 Holdings Limited, Cik Tan Wei Ying, dan Pengurus Kemampanan Persekitaran Yayasan Tzu-Chi (Singapura), Cik Susan Tan.
Para panelis bersama 70 hadirin, membincangkan pandangan dan fikiran mereka terhadap isu-isu meliputi kebersihan awam di Singapura.
Encik Baey menyentuh dapatan daripada Kajian Kepuasan Kebersihan Awam 2021, di mana 73 peratus orang awam percaya bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan Singapura bersih. Ini menandakan kenaikan mendadak daripada 58 peratus pada 2019.
Beliau menerangkan bahawa sedang pemerintah mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk memastikan keselamatan, keselesaan dan kebersihan ruang serta kemudahan awam, kebersihan awam tidak boleh diselenggarakan pemerintah sahaja.
Kenyataan Encik Baey juga menekankan akan kepentingan bagi kolaborasi antara pemerintah dengan orang awam dalam mengekalkan satu sekitaran yang bersih buat semua.
"Singapura, yang digelar "Bandar Taman", mempunyai ribuan pokok dan ruang hijau yang luas.
"Tugas berat membersihkan sampah semula jadi, seperti daun dan dahan kering, mengambil masa dan tenaga yang banyak bagi pekerja pembersihan.
"Sekiranya pemerintah perlu mendukung tanggungjawab sampah yang berpunca daripada manusia dalam jangka panjang atau melabur tenaga manusia serta sumber yang berlebihan kepada pembersihan awam, ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekonomi negara yang tidak dapat dielakkan," kata Encik Baey.
Cik Seow Hwe Kiow, seorang pekerja pembersihan berusia 81 tahun di Pasar Tiong Bahru, berkongsi pengalaman mengecewakan di mana seorang pelanggan wanita membuanglampin terpakai bayi ke atas pinggan mangkuk sedang Cik Seow member-sihkan meja.
Apabila Cik Seow meminta wanita itu agar membuang lampin tersebut ke dalam tong sampah, wanita itu memarahinya dan mendakwa bahawa adalah menjadi kerja pekerja pembersihan untuk menguruskan kotoran tersebut memandangkan pinggan mangkuk itu akan dicuci juga.
Seorang pekerja pembersihan berusia 48 tahun, Cik Chia Siew Kien, juga menambah bahawa di sebalik usahanya untuk meminta pelanggan mengembalikan dulang mereka dengan sopan, beliau pernah beberapa kali bertemu individu yang enggan berbuat demikian dan memberikan respon negatif kepada peringatan beliau yang lembut.
Cik Chia, yang bekerja di Pusat Makanan Berseh, berkata sesetengah orang berasakan bahawa pelanggan yang membayar berhak ke atas perkhidmatan pembersihan, sehingga sanggup menyindir, dengan berkata bahawa pekerja pembersihan kian "menyukarkan" dan manja.
Selain membersihkan dulang, tugas Cik Chia termasuk membersihkan tandas awam tiga kali sehari memandangkan kerap kali terdapat kertas tandas dibuang ke lantai dan najis dalam bilik kecil.
Encik Baey memberikan respon kepada pengalaman sedemikian yang dialami pekerja pembersihan, dengan menyatakan bahawa sekiranya pelanggan berasa bahawa harga makanan mereka patut menyertakan perkhidmatan pembersihan, mereka perlu bersedia menerima kenaikan harga makanan yang berterusan di medan selera serta pusat penjaja.
Dalam erti kata lain, seseorang tidak boleh mempunyai kek dan memakannya juga. Beliau menerangkan bahawa pemerintah merancang langkah-langkah baru untuk menangani masalah itu.
"Selain didenda, mereka yang membuang sampah akan diperlukan mengutip sampah di kawasan sesak seperti di Chinatown untuk menghargai kerja keras pekerja pembersihan awam," katanya. Seorang lagi panelis, Dr Foo, berkata di sebalik kawasan tanah yang kecil di Singapura, negara ini mempunyai 52,700 pekerja pembersihan.
"Sebahagian pekerja pembersihan kita adalah pekerja asing dan individu warga senja seperti datuk nenek kita. Mereka sebahagian daripada penduduk Singapura seperti anda dan saya, maka kita perlu bersikap empati terhadap kerja mereka," kata Dr Foo.
"Membuang sampah ke lantai memang mudah, namun membersihkannya yang sukar.
"Pekerja pembersihan perlu membongkok atau bergegas untuk bersihkan sampah sarap, dan ini merbahaya terutamanya buat pekerja pembersihan warga senja. Kita perlu berhenti membuang sampah," katanya.
Dalam satu tinjauan rambang semasa sesi dialog itu, dianggarkan sekitar 60 peratus hadirin berasakan bahawa tahap kebersihan awam di Singapura agak memuaskan. Encik Baey akur bahawa banyak kawasan di Singapura kekal bersih kerana kerja keras pekerja pembersihan dan bukannya usaha spontan orang awam.
"Setiap pagi, kita bangun kepada satu sekitaran yang bersih kerana pekerja pembersihan bekerja tungkus lumus pada awal pagi.
Namun, satu hari nanti sekiranya semua pekerja pembersihan di pulau ini pergi bercuti sama, keadaan sebenar kebersihan awam di Singapura akan lebih jelas buat semua," katanya.
Baru-baru ini, Paris berhadapan dengan lebih 7,000 ton sampah sarap yang bertimbun akibat mogok pekerja bersih sampah di bandar tersebut.
Pada 30 Oktober tahun lalu, apabila Majlis Kebersihan Awam Singapura mengadakan acara Hari Kebersihan SG dan sebahagian daripada kawasan beli-belah Orchard Road dibiarkan tanpa pekerja pembersihan, para sukarelawan berupaya mengumpulkan lebih daripada 100 beg sampah dalam tempoh hanya sejam.
Acara ini menandakan peringatan kepada para individu agar mengambil tanggungjawab peribadi dalam menjaga kebersihan Singapura, dan bukannya menjangkakan bahawa sekitaran akan dibersihkan untuk mereka.
Dr Foo menyatakan bahawa sedang keadaan sanitasi Singapura pada masa ini telah bertambah baik sejak 1960an dan 1970an, masih terdapat ruang untuk diperbaiki apabila kita bandingkan diri kita dengan negara seperti Jepun atau Taiwan.
"Adalah penting untuk mengenal pasti bahawa setiap seorang daripada kita menghasilkan sisa apabila makan di luar atau menggunakan tandas awam.
"Justeru, mengekalkan kebersihan awam tidak terletak di atas bahu pekerja pembersihan sahaja, tapi patut dilihat sebagai satu tanggungjawab yang dikongsi setiap seorang daripada kita."
USAHA DAN CABARAN YANG DIHADAPI INDUSTRI PEMBERSIHAN DAN PERANAN PEMERINTAH
Menurut Ketua Pegawai Operasi LS 2 Holdings Limited, Cik Tan Wei Ying, industri pembersihan sentiasa bertarung dengan masalah kekurangan tenaga kerja.
Pihak pengendali sedar bahawa pekerja pembersihan warga senja juga berhadapan dengan cabaran fizikal yang lebih hebat semasa jalankan tugas, seperti risiko tergelincir semasa lantai basah semasa tandas dibersihkan.
Namun, beliau menambah bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemerintah telah mengambil langkah menggalak transformasi teknologi dalam sektor pembersihan dan menggalak penggunaan mesin pembersihan.
"Dengan menggunakan robot pembersihan di pusat beli-belah, pekerja pembersihan telah dibebaskan daripada melakukan kerja berulang dan menyukarkan, mengupayakan mereka untuk menumpukan kepada pembersihan di ruang sempit dan menyahjangkit ruang-ruang kerja bagi memperbaiki kualiti sekitaran," kata Cik Tan Wei Ying.
Cik Nancy Koh, yang merupakan seorang penyelia pembersihan berusia 65 tahun berkongsi bahawa mesin-mesin ini boleh mengalihkan kotoran daripada sudut sempit antara lantai dengan tandas.
Selepas mengajar kakitangannya cara menggunakan alat I-MOP yang baru bagi membersihkan tandas, Cik Koh menerima maklum balas positif bahawa mesin itu bukan sahaja mengurangkan tenaga kerja dan masa, tetapi pekerja pembersihan juga boleh bekerja dengan lebih selamat memandangkan mereka tidak perlu membongkok dan menyangkung untuk tempoh yang lama.
"Pada awalnya, ramai pekerja pembersihan warga senja keberatan menggunakan teknologi baru ini, bimbang bahawa mereka tidak cukup cekap atau akan merosakkan mesin itu. Tapi selepas mencubanya, mereka memuji akan kecekapan mesin tersebut."
Encik Baey berkata selain menyokong industri pembersihan dalam langkah terhadap transformasi teknologi, NEA juga bekerjasama dengan industri pembersihan untukmenawarkan biasiswa yang bertujuan memupuk bakat baru bagi sektor ini bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja.
Pada masa ini, Cik Tan menambah: "Terdapat salah faham biasa bahawa industri pembersihan terdiri daripada warga senja dan pekerja asing.
"Menerusi biasiswa, kami berharap untuk menggalak lebih ramai golongan muda menyertai sektor itu, memandangkan mereka boleh menangani cabaran menggerakkan mesin dan pengurusannya.''
Seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS), Encik Cyrus Ng Boon Bing, 23 tahun, merupakan salah seorang penerima biasiswa itu.
Beliau mempunyai diploma dalam Sains Kejuruteraan dan menyertai syarikat penyedia cecair pembersihan, LS 2 Holdings Limited selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya.
"Sekiranya dapat membangunkan lebih banyak ciri bagi robot pembersihan dengan menghasilkan beberapa lagi rantaian kod, saya boleh membantu para pekerja pembersihan gunakan mesin-mesin berautomasi semasa mereka jalankan kerja secara berkesan, sesuatu yang amat bermakna," kata Encik Ng.
Cik Tan Wei Ying menegaskan bahawa sedang terdapatnya ramai jurutera dan bakat dalam syarikat yang menghasilkan robot pembersihan, industri pembersihan perlu tarik lebih ramai bakat muda yang dapat menilai dan memahami keperluan pekerja pembersihan dan menawarkan maklum balas relevan bagi memperbaiki dan membangunkan produk.
Seperti contoh, fon-fon lebih besar pada skrin dan butang mesin, pilihan bahasa berbilang, dan saiz-saiz mesin yang berbeza boleh membantu memperbaiki penggunaan mesin bagi pekerja warga senja.
PASCA-COVID" MASA TERBAIK BAGI WARGA SINGAPURA BERGABUNG DALAM MENANGANI KEBERSIHAN AWAM
Pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran awam mengenai kebersihan. Seperti contoh, orang ramai akan membawa bersama mereka lap antiseptik bagi membersihkan meja semasa makan di luar dan lebih tertumpu tentang kebersihan dalam pengangkutan awam serta tandas.
Encik Baey menekankan bahawa memandangkan pandemik telah membuat ramai orang lebih sedar akan kuman dan virus yang merebak, ini merupakan masa baik untuk terus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memastikan ruang awam kita bersih.
Setiap bulan, Yayasan Tzu Chi (Singapura) menganjurkan "Hari Kemampanan Persekitaran Tzu Chi" di kejiranan berbeza, mempelawa penduduk untuk membawa barangan kitar semula untuk diasing dan dikitar semula.
Memandangkan sisa isi rumah kerap mengandungi botol dan beg plastik yang berpotensi menjadi sampah, ia disalur untuk dikitar semula pula.
Maka, acara bulanan itu juga meningkatkan kesedaran awam tentang menjaga kebersihan sekitaran dengan mengurangkan sisa.
Seorang lagi panelis, Cik Susan Tan, yang merupakan Pengurus Kemampanan Persekitaran Yayasan Tzu Chi (Singapura), menerangkan bahawa perlindungan persekitaran meliputi usaha mengitar semula dan kebersihan awam.
"Sekiranya keluarga peka akan kitar semula, ia akan mengurangkan jumlah sisa yang boleh menjadi sampah dan mengurangkan beban pekerja pembersihan."
Menurut Cik Susan Tan, memandangkan Tzu Chi telah menganjurkan 'Hari Kemampanan Persekitaran' selama lebih 20 tahun, ramai yang telah menganggap usaha altruistik itu sebagai sesuatu yang sudah tersedia.
"Pada masa lalu, sesetengah orang akan membawa bersama beg-beg guna semula yang besar yang dicampur dengan sampah bagi para relawan kami asingkan.
"Namun, pandemik menjadi detik pengajaran yang bernilai buat kita. Memandangkan kita tidak dapat jalankan acara mengitar semula seperti biasa semasa tahun-tahun pandemik, orang ramai mula faham akan kepentingan acara sedemikian. Kami ambil peluang untuk mendidik orang ramai agar bertimbang rasa terhadap para relawan kami dan kesihatan mereka.
"Sampah, terutamanya puntung rokok, tisu, dan pelitup, dipenuhi kuman dan memberi ancaman kesihatan yang langsung kepada relawan kami. Ramai orang kini lebih memahami dan akan asingkan sampah daripada bahan yang boleh dikitar semula.''
Tzu Chi juga menyahut seruan Majlis Kesihatan Awam untuk mengambil tindakan setiap tahun dan menganjur kegiatan membersihkan atas inisiatif sendiri, menunjukkan satu contoh baik kepada masyarakat untuk bertindak ke arah sekitaran yang lebih mampan dan bersih.
Cik Tan berkata meskipun mengutip sampah mungkin dianggap satu tindakan yang tidak penting, ia boleh menimbulkan kesan berlarutan dengan menanam nilai-nilai kebersihan menerusi tidakan yang berulang.
"Sukarelawan kami bukan sekadar mengutip sampah secara senyap. Kami juga tawarkan nasihat dan mendidik mereka yang membuang sampah untuk membantu mereka menjadi lebih sedar akan tanggungjawab sivik mereka dalam melindungi sekitaran."
Memberikan respon kepada perkongsian Cik Tan, Encik Baey menggunakan botol air guna semula peribadinya sebagai contoh.
Beliau menggesa orang ramai agar mula buat perubahan dalam kehidupan harian mereka. Beliau berkata membawa botol air guna semula boleh mengurangkan penggunaan cawan sekali guna dan botol plastik, langsung mengurangkan penghasilan sisa.
Beliau juga berkongsi bahawa sesetengah orang mendakwa bahawa mereka membuang sampah kerana tidak dapat menemui tong sampah.
Namun dalam kawasan awam seperti MRT, di mana tiada tong dan kurangnya pekerja pembersihan, sekitarannya kekal bersih, lantas menunjukkan bahawa orang ramai sedar akan sekitaran mereka namun kurang rela menjadi proaktif untuk mengekalkannya bersih.
Semasa segmen soal jawab dialog tersebut, ramai hadirin yang menimbulkan sumbangan mendiang Menteri Mentor, Encik Lee Kuan Yew, kepada kebersihan awam di Singapura.
Encik Low Kok Peng, 66 tahun, yang pernah menjadi Pegawai Kawalan Persekitaran, berkata: "Pada 1968, MM Lee menerajui kempen membersihkan Singapura dan turut memperuntukkan 10 tahun untuk membersihkan Sungai Singapura, mengubah negara kita menjadi bandar taman yang paling bersih dan paling canggih di Asia Tenggara.
"Menerusi secebis sejarah ini, kita belajar bahawa setiap seorang yang tinggal di Singapura mestimempunyai sikap minda sivik yang lebih kuat dan bertanggungjawab bagi keadaan negara kita."
Namun beliau akur bahawa keadaan kehidupan orang ramai telah berubah. "Hari ini, kita mempunyai pembantu rumah dan pekerja pembersihan yang boleh diharapkan, dan sikap terlalu bergantung ke atas orang lain untuk membersihkan akan menghalang kemajuan negara ini dalam jangka panjang," kata Encik Low.
Encik Baey juga mengenang sekeping foto lama mendiang MM Lee yang menyapu sendiri jalan-jalan raya dan bagaimana foto itu meninggalkan kenangan yang berpanjangan.
Beliau menekankan bahawa jika Singapura bergantung sepenuhnya kepada pekerja pembersihan, kita tidak akan dapat mencapai pembangunan yang benar-benar mampan.
Sedang pemerintah telah berusaha gigih untuk menggalak tabiat kebersihan yang baik dalam kalangan orang ramai, pendidikan dan denda hanya mampu mencapai sedikit sahaja, justeru beliau berharap para individu mengambil tanggungjawab peribadi yang lebihke atas sekitaran yang lebih bersih, dan bukannya mengalihkan tanggungjawab itu kepada pekerja pembersihan.
"Bukan sahaja kita perlu memastikan kebersihan ruang-ruang peribadi kita, tapi kita juga perlu mendahului berkaitan kebersihan di negara ini yang kita gelar rumah.
"Saya harap satu hari nanti untuk melihat hanya sampah semula jadi dan bukan sisa atas perbuatan manusia di jalan-jalan raya Singapura.
Artikel ini disampaikan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dengan sokongan latihan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore).


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg